Monday, August 18, 2014

Cervical cerlage: Arabin Pessary

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 12:28 AM
Seperti pregnancy lepas, kalini pun kena buat cervical cerclage juga (ikat rahim) cuma kali ni tekniknya saje berlainan. Dahulu, kena masuk OT dan bius bagai, kena puasa. Ada saya cerita di entri dulu2. 

Masa checkup awal2 minggu dulu doktor dah bagitau pasal Arabin Pessary ni. Dia suruh saya study dan pilih nak buat procedure mana. Saya pun berbelah bahagi gak awalnya antara sebab2nya teknik pun baru lagi..pastu takut gak saya sesuai ke tak. Tapi encik boss kata cuba yang baru ni saje lebih mudah kan..

Macam ni ler rupanya Arabin Pessary tu. Ianya sejenis vaginal pessary untuk tujuan membantu wanita2 yang mempunyai cervical incompetence (macam saya) untuk prolonged duration of pregnancy sehingga ke full term. Nama Arabin tu sempena nama doktor yang menciptanya. Pessary ni ada size, so akan dipasang mengikut size serviks seseorang tu nanti.

Sumber: http://www.dr-arabin.de
Lebih kurang ginilah bentuknya bila di pasang. 

Lama dah tak sarung uniform purple ni, 3 tahun yang lepas last sekali. Dah selamat pun pasang Arabin Pessary tu. Sekejap je. Kali ni rasa rilek skit dari pregnant izzet..sampai kena bed rest berhari2 kat wad. Maklumlah masa tu pertama kali dalam situasi tu.  so doktor pun taknak ambil risiko dan ambil langkah berjaga2. So far takda rasa pape lepas dah pasang. Tapi terlalu awal lagi nak cakap gak takut2 timbul isu lain ke plak. Harap2 berjalan lancar sehingga cukup bulan kelak. Insyallah nanti saya share lagi progress dengan Arabin Pessary ni.


2 comments:

juls julie said...

Assalam..

Salam Ziarah & Selamat Hari Raya..
take care yer..semoga dipermudahkan semuanya..

amin..

Hayatie Hashim said...

Juls Julie: Tqvm ♡♡ dan salam aidilfitri ;)

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea