Saturday, July 19, 2014

Progress renovasi lagi..

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 10:48 PM
Raya lagi seminggu lebih je orang dah update beli baju raya bagai saya satu hape pun tak  beli lagi..huhu. Sibuk dengan renovasi rumah yang sedang berlangsung ni. Bila nak dekat raya ni baru lah orang kerja kemain laju2 nak wat keje..huhu!

Sebenarnya dah siap semua binaan2.. yang tak siap2nya cuma finishing je la macam plaster siling, wiring, cat etc. Tapi dijangka sebelum raya semua dah siap la..tapi tu la tinggal le kami yang last minit nak berkemas tu yang semput..

Kat belah luar dah siap plaster silingnya. sebab besar so ada 3 ruang antara beam yanh perlu letak siling. Saya pilih design begini untuk siling yang atas balkoni. Yang ni kasi ada efek skit ala2 mcm feature ceiling la huhu. Tinggal nak beli lampu untuk dome tengah tu..


Yang dua ruang di depannya saya just pilih yang design rim nya sama dgn yg melengkung tapi buat lurus sahaja. Sbb atas ni dah tinggi. Buh sarat2 pun tak nampak efek..huhu.

Tengah pilih design plaster siling jenis bulat untuk ruang makan yg akan dipindahkan kat dapur lama ni..Nak bulat juga sebab meja makan bulat..jenis light through juga (lampu simpan). Saya masih lagi buat dgn kontraktor plaster ceiling yg sama dulu.


Ni dapur lama yang dah nak dipecahkan dindingnya. Saya memang bertabah je lah waktu..satu rumah berhabuk walaupun dah ditutup kanvas tu. Semua kabinet sampai sofa kat ruang tamu pun berhabuk..pasrah je lah demi untuk sebuah keselesaan chewahh!

Pic selepas siap dipecahkan..barang2 pun dah tolak ke dapur belakang sbb nak kosongkan bahagian dapur lama ni untuk kerja2 ubahsuai siling lama ke siling bulat untuk ruang makan. Nampak tak kesan line kat lantai tu ada tempat dimana saya nak pasang internal bifold glass door macam yang pernah saya berangan kat kat entri ini dahulu Hihi! 

Pic ruang dapur baru bersambung dilain entri..sibuk nak mengemas dan mengelap je ni..huhu!

3 comments:

cik hani said...

wah..kak..tak sabar nak tengok hasilnya nanti..alhamdulillah..berjalan lancar semua urusan renovate rumah tu kan.. nanti bermood raya pulak la di rumah yang baru siap renovate..

selamat berkemas kak.. nanti askar kecik dua orang tu boleh bagi kerja membasuh lantai

Irma Putri said...

saya pon tak sabar nak tengok...excited

AEISYA said...

Cantik....slm sis..boleh share x harga utk plaster ceiling kat luar tu yg siap dome tu..sebab ingat nak buat utk luar jugak TIA-aisya.vgmc@yahoo.com

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea