Sunday, June 29, 2014

Ramadhan dikala....

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 3:18 PM
Pejam celik (blog bersawang huhu) kita sudah pun memasuki bulan Ramadhan. Hari pertama ramadhan dilalui dengan sedikit dugaan tapi berjaya juga menghabiskan hari pertama. Dugaannya saya berpuasa dengan morning sickness yang teruk  di minggu ke-14.  Mesti ramai tak tahu kan..huhu inilah puncanya blog bersawang dan segala aktiviti jahit menjahit terpaksa ditutup. Alhamdulillah kehamilan ke5 setelah gugur awal tahun hari tu

Saya mula mengalami mabuk teruk seawal 6 minggu lagi sampai tahap asal celik mata duniaku berpusing, muntah toksah kira. Saya kira saya dah boleh kategori kena Hyperemesis Gravidarum. Cuma tak sampai dehydrate teruk je lagi. Tp mmg kejenya terbaring je kat rumah sampai terpaksa import mak saya datang batu pahat untuk tolong uruskan askar2 kecik tu..huhu. Seingat saya, dua2 pregnancy lepas takda seteruk ni, dugaan!

Ditambah gastrik semasa preggy ni pulak..dulu2 takda plak sampai teruk begini. Dah nak masuk 15 minggu masih lagi tak hilang pening dan muntah. Lagi teruk bila perut kosong. Hari ni hari kedua puasa..saya masih teruskan lagi berpuasa walaupun bila petang saya akan muntah teruk dan tak daya nak angkat kepala sudah.

Checkup pregnancy untuk kali ini, saya kembali semula ke UKMSC dengan prof hatta  kerana komplikasi rahim saya. Pada yg belum tahu last pregnancy saya mmg kena cerclage dengan prof hata sebab cervical incompetence (rahim tak kuat) ada saya ceritakan dalam entri lepas (label 'pregnancy') :)

Rancangan awal mahu check di Batu Pahat sahaja, di Putra Specialist. Tapi doktornya plak macam tak konfiden dan advice untuk saya refer semula pada doktor yang pernah rawat saya. Start dari 9 minggu saya dah pun mula jumpa prof hata. Dah dua kali ulang alik ke KL juga sepanjang 14 minggu ni.

Cerclage kedua saya dijadualkan pada minggu ke 17 nanti (17hb julai) di HUKM. Cerita pasal cerlage kedua ni dilain entri lah (kepala dah tingtong)..

4 comments:

cik hani said...

Sis..semoga dipermudahkan urusan pregnant kali ni.. Semoga kuat semangat dan tabah.. Didoakan semoga sis cepat berakhir morning sickness ni dan dapat berpuasa dengan baik.

Take care ye..

Hayatie Hashim said...

Terima kasih cik hani ;) ♡♡

amirah said...

semoga dipermudahkan semuanya ye..tahniah...

Hayatie Hashim said...

Amirah: terima kasih yer :) ♡

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea