Friday, May 16, 2014

Mirror2 in the wall..ehh KC?

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 6:33 AM
Sepanjang tempoh penantian menunggu projek renovasi P2 saya ni saya kira dan banyak kali gak berubah2 citarasa saya tentang kabinet dapur ni. Mula2 saya gila kan konsep cermin. Pernah saya tunjukkan contoh KC cermin idaman saya di entri ini [Link]

Lepas tu saya dah kurang minat semula jenis cermin. Tapi lebih kepada jenis Glossy glass yg mcm jenis 4G tu. Dia kaca tapi yg boleh juga nampak reflection skit yg dipanggil Glossy glass. Masa tu warna gelap macam menjadi pilihan saya sama ada warna hitam atau warna teh. Ada saya share mengenai jenis-jenis material kabinet dapur di entri ini [Link]

Lepas tu,sejak kerja2 renovasi P2 saya semakin hampir siap ni, saya dah kembali semula meminati konsep cermin, huhu! Bila tengok pic masa google haritu terus jatuh chenta. Dalam hati siap la ko keje nak mengelap cermin je kak oii! Saya dah rasa dan sedang merasakan dengan kabinet2 rumah yg lain yg kebanyakan jenis cermin. Senang comot! Nampak cop tangan pun dah sakit mata..kih kih!

So kali ini komfemmmm memang nak konsep cermin dan putih untuk kabinet dapur saya. Memandakan ruang yang ada tu taklah besar..so maybe boleh beri ilusi keluasan skit kat ruang dapur saya nanti..hihi! Tak tahu lagi rekaletak kabinet yg macam mana saya mahukan. Sebab masih berfikir2 dengan ruang yg ada tentang apa yg mahu diletakkan di Setiap sudut dan ruang..

4 comments:

cik hani said...

wah..stylo nyer KC awak nanti.. tak sabar nak tengok hasilnya nanti

rostina76 said...

wow…class!!!

Didie Kamila said...

cantik la..minat pulak tengok..lg pun bole bagi ilusi besar dkt ruang sempit kan..

mama cinta kamu semua said...

Smart.. Tp maintance nk lap cermin kena gigih k..

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea