Tuesday, May 13, 2014

Jom bakar: Kek Butter Marble

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 9:54 PM
Cuti wesak saya balik rumah jap sebab encik boss kena servis kereta kat KL esoknya tu. Kali ni balik teringin lak nak buat kek. Sejak sekian lama dah tak membaking. Hampir setahun lebih kot. Dulu ada saya buat kek marble ni tapi coraknya tak menjadi..tak seperti yang saya lihat kat kedai..huhu.

So dah siap google study macam mana terus lah konpiden nak buat. Resepinya saya ambik dari blog ini:

250 gram Butter
250 gram Gula Kastor (boleh kurangkan sukatan kalau tak suka manis..)
5 biji telur B
1 sudu kecik esen vanilla
2 sudu besar susu pekat
1 1/2 sudu cokelat van Hauten
250 gram Tepung Gandum*
2 sudu kecik Baking Powder*

* kedua-dua bahan ni diayak 3 kali

Cara-cara:
1. Pukul butter dan gula kastor sampai putih sikit.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan esen vanilla dan susu pekat. (kaup balikkan adunan untuk nak bagi adunan rata).
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.



Siap untuk minum2 petang.

Menjelang malam kek dah tinggal sepertiga je. Anak2 dan neneknya kemain suke makan. Maklumlah lama dah saya tak buat, hihi. Sekali lagi balik mak saya request kek gula hangus la..amboi! Tapi saya tak pernah buat, kena study dulu la ye mak ;)


Kek baru baru pas keluar oven. Rupanya kena serkup dgn aluminium foil kalau taknak bagi permukaan kek cepat perang/gelap, ok noted!..

Kalini saya dah tahu teknik yang betul untuk letak adunan tu supaya dia menjadi corak marble bila dipotong. 

Ni assistant bakery saya pada hari tersebut. Dia tolong putar majerin, gula dan telur. Bagus, ringan skit keje akak, heheh! Berlenging you..penambah perisa kek lagi..kah kah!

1 comments:

Nurul Hazimah said...

Sedapnye.. Rajin azrre

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea