Wednesday, April 30, 2014

Rindu (Duit poket!)

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 6:27 AM
Ini order last saya buat pada 24hb tuhari, my first batch of new style  of stitching. Kebtulan ada yg nak regular dan heavy pad so saya buat custom dulu. Kat online storewww.lalilo.com.my saya pun banyak dah habis yang tinggal 9 keping cp je yang masih  available..sobs :(

Huwarghh rindunya nak merempit dgn mesin jahit. Alhamdulillah walau bukan kerja hakiki yang menyumbang sumber pendapatan tapi saya sangat happy sebab hobi yang dilakukan mendapat imbuhan.

Saya selalu perhatikan, apabila sesuatu kerja yang kita buat/lakukan bukan kerana untuk  menjana duit tetapi dimulai dengan rasa minat yang mendalam hasilnya ia akan memberikan nilai kualiti yang paling baik dan kualiti itu yang akan menentukan nilai sesuatu benda yang dilakukan diakhirnya.. Baru lah dipanggil berbaloi..

Tetapi apabila sesuatu benda itu dilakukan dengan meletakkan matlamat duit yang akan diterima, kita mula akan berkompromi dengan kerja itu..segalanya mungkin dilakukan dengan kadar seminima yang mungkin demi untuk memastikan pulangan yang lumayan..

Opps kelautlak berceramah. Berbalik kepada konteks menjahit saya, to tell the truth, dulu2 pun mula haru biru juga. Bila dah konfiden baru saya berani jual hasil jahitan saya yg rasa masih picisan je huhu. Sampai skang kalau ada yg tak menepati QC saya (chewahh!) Mmg saya buat lain, ada sampai satu tahap tetas sampai dua tiga kali. Kalau takleh gi gak saya buat pakai sendiri kih kih atau letgo murah2 tp saya bagi disclaimer mmg hasil x berapa kemas etc.

Nampaknya minggu depan la kot baru boleh mula siapkan cp baru...huhu sebab saya masih lagi dirumah mak, melanguk (oh time ni rasa nak bawa mesin je huhu) sampai sabtu ni baru balik...

To-Sew list:
1. Denim range
2. Regular/heavy pad
3. Liner Local
4. Baby sleep pad

0 comments:

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea