Friday, April 11, 2014

LaLiLo: Penambahbaikan CP

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 5:03 AM
 Dah lama juga percubaan saya nak ubah gaya jahitan untuk cloth pad saya ni. Kalau sebelum ni saya gunakan teknik 'Topstitch' saja. Hasilnya lapisan PUL untuk bahagian Waterproof terpaksa dijahit sekali bila saya nak mencantumkan kedua-dua bahagian. Kesannya pula ianya mengurangkan sedikit daya tahan aliran bila aliran sudah betul-betul penuh dah tidak dapat diserapkan lagi oleh absortion layers yang ada, ianya akan perlahan2 keluar dari celah jahitan dan tembus sedikit ke belakang.

Namun kekurangan untuk design yang lama itu hanya berlaku bila kita lambat untuk menukar kepada pad yang baru. Dan seperti yang saya sering kongsikan kepada para pengguna CP ni, jangan lah membandingkan penggunaan dengan Pad pakai buang, sebab dispo pad tu dah ada gel-gel yang menyerap cecair. CP pula dah nama pun kain tapi masih lagi dapat bertahan dari kebocoran dengan adanya lapisan PUL didalam..

Perasan tak tiada lagi kesan topstitching ditengah-tengah. 

 Jika dilihat di bahagian dalam, saya hanya jahit bentuk padnya sahaja untuk kasi appearance effect skit, hehe!

Ni dah prototype ke berapa keping dah selepas sebelum2 ni macam-macam lah kesilapan yang berlaku. Ok next batch untuk Cloth pad range jenis Regular dan Heavy Flow ni akan menggunakan stail yang ini :) Stay tune yaaa and visit www.lalilo.com.my

0 comments:

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea