Sunday, April 27, 2014

Cuti 3D2N JB, Birthday Izzet

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 3:31 AM
Penat jalan tak habis lagi ni..hehe. Khamis sampai sabtu haritu kami sekeluarga ke JB, plan nya nak ke JPO dan Legoland. Lama dah kami nak pergi ke Legoland sejak ianya dibuka. Balik orang yang lagi jauh pun dah lama sampai..kih kih..

Kebetulan hari jumaat tu pula ada lah harijadi izzet yang ketiga (25 April 2011). Celebrate kat dengan jalan2 satu JB je...

Kami tinggal di Hotel M Suites yang mengadap selat tebrau tu. Oklah bilik pun selesa. Budak-budak asyik berendam dalam bath tub je Malas nak ke pool sbb hari pun asyik hujan je..
Jumaat petang tu hujan lebat sampai banjir kat jalan skudai tu. Kami pun terperangkap sekali kat jalan tu sebab kat depan tu air dah  naik. Kalau kenderaan2 besar macam bas dan lori je yang lepas lalu. Ada gak dua tiga biji kereta yg cuba lalu tapi sampai tengah tu dah sangkut dah. Dekat setengah jam juga duduk tunggu kat situ. Masih kereta depan tu taknak bergerak sbb tak konfiden. Kami pula lepas ada satu kereta viva yg cuba harung banjir tu dan lepas..terus encik suami pu  ikut alang viva pun lepas takkan kita takleh..kih kih..so kami pun potong masuk ke kiri meredah banjir tu meninggal barisan kereta2 yg tgh duk tunggu air surut skit..sib baik lepas! 

Hari tu juga encik suami bawa kami makan dekat restoran Asam Pedas Botak. Atau nama restoran ni Restoran Jadi Baru (Botak Asam Pedas). Mula2 agak terkejut juga saya tengok setting restoran ni. Tapi bila dah masuk memang ramai orang melayu malah sultan johor dan anak2 pun penah makan kat sini.

Siap frame lagi gambar sultan johor dan anak2 makan kat sini..

Ni antara menu wajib order. Asam pedas kepala ikan merah, senangin goreng, sayur dan telur dadar.

Otak2 bukan sebarang otak2 je. Saya rasa sekali terus order tambah satu lagi. Sedap giler..rasanya fresh..isi ikan mmg isi betul2 lah nampak dlm tu tak macam otak2 biasa yg kaler merah tu. Certeka harga berapa satu? RM11 ok..tapi memang berbaloi la seketul besar tu dengan rasa richness dgn isi ikan lagi..adehh masa taip entri ni boleh lagi terliur balik..huhu

ok entri review pasal jalan2 kat Legoland lepas ni lak. Jenuh lah taip panjang2 kat HP ni. Kalau nak bercerita panjang pakai laptop baru puas skit .hehe

1 comments:

rostina76 said...

salam yatie…heheh bagus ni review psl JB sbb kami plan blk cuti ni nak cover selatan tanahair.huhu!!!bagi details yo

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea