Wednesday, March 5, 2014

Terapi hijau

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 4:30 AM
Sejak pindah sini belum ada sepokok pun yang saya tanam lagi. Disebabkan renovasi fasa kedua yang belum dimulakan lagi so saya hold dulu part nak bercucuk tanam. Tapi sebab teringin sangat nak testing hobi baru ni saya gagahkan jua menyemai benih sayur yang saya beli kat pasar tu. 

Sebabnya tengok tanah macam kejung je boleh ke hidup tanam tanaman ni kan tu yang nak test power tu hehe. So saya cari sudut yang memang takkan dikacau masa proses renovation tu nanti. Kira macam tanah yang saya dah gazetkan untuk bercucuk tanam skit..hehe
Ni lah mini kebun sawi Saya. Banyak2 benih saya semai 4 pokok je hidup. Mula2 bersepah skit lepas tu saya ada tgok kebun kat area tadika tu dia buat macam batas kan. Haha hadoi punya sangap nak tanam sayur tak tahu kekdahnya. Takpe belajar dari kesilapan dan pengalaman dulu..hehe

Ni pokok yang paling besar. Tak tahu bila nak ambik sebenarnya..huhu. sikit sangat nak buat goreng..hehe

Bendi pun baru nak jadi. Sengaja saya letak lidi supaya saya tahu kat mana pokok yg tumbuh. Kalau tak nanti keliru dgn anak rumput liar kecik2 macam kat keliling tu.

Ni lah benihnya..hehe beli kat pasar bulan lepas. Cuma daun sup ke tak menjadi. Tak tahu ler apsal. Dan semai tapi tak jadi pape pun.

Daun bawang pun saya cuba tanam sekali. kebetulan ada bawang besar dah berputik kan.  Ni time tgh lebat sekarang dah tinggal skit. Dah banyak kali juga petik masuk dalam sup, goreng2 etc. tapi skang dia mcm dah kecik2 je..tak tahu lah berapa kali daun bawang ni boleh tumbuh..hehe

Bila dah menjadi ni baru lah terasa bersemangat nak menanam lagikan :)

3 comments:

rostina76 said...

bestnye yatie dpt tanam sayur sendiri….mmg fresh dr ladang la ni

Ezy Loy said...

saye pon minat bercucuk tnam! skrg tgh semai pokok lada.. arap2 menjadila pokok nye.. hihi

Hayatie Hashim said...

Kak ros & ezy loy : baru berjinak2 dgn hobi baru hihu..bila dah menjadi baru dtg semangat baru hehe

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea