Tuesday, March 25, 2014

Lonely upstairs

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 10:28 PM

Inilah ruang di tingkat atas rumah saya yang sepi. Dah nak hampir 3 bulan kami sekeluarga tak tidur diatas sejak encik boss operate lutut sejak bulan januari dulu sebab kakinya masih belum boleh lasak2 nak turun naik tangga jadi kami semua tidur di bilik bawah saje.

2-3 hari sekali saya naik untuk vakum habuk dan flush toilet bowl sebab takut ada nyamuk la bertelur dalam tu, kadang2 seminggu sekali je naik..huhu. Ruang famili rumah saya tak berapa luas lah compare rumah orang lain sebab sebahagianya di ambik oleh bilik2 yang ada kat atas. Bilik2 memang saya puashati luas ruangnya sebab ada toilet sorang satu dalam bilik. Tu antara feature yg saya suka iaitu non-sharing bathroom. Bilik2 pun besar yang boleh memuatkan katil king dalam setiap bilik. Masterbedroom toksah citelah , 2x katil king boleh masuk.

Dua bilik yg pintu bertutup tu adalah guest room dan bilik anak2..ada saya share ruang bilik tu kat entri lepas. (Search kat label entri ;-)

Dari segi perabot kat ruang ni mmg ada tersalah bajet skit. Terutamanya sofa tu, memang terbesar lak plak. So sekarang nak tgu tambah balkoni kat luar tingkap dulu baru cari sofa lain, sofa lama ni maybe nak letak kat ofis encik boss je la jawabnya..huhu.

Dari segi deko memang kosong lagi ruang ni. Saya tak rushing nak hias dgn apa lagi. Baru sangat duduk rumah ni masuk 9 bulan baru. So cuci mata je la dulu tgok deko org lain. Tak jumpa lagi deko2 yang berkenan.

Cuma ada kat depan tangga tu kalau perasan ada divider batu sekerat kan yang tu saya nak pasang divider tiang kayu tinggi sampai siling sebab rasa bahaya je budak2 suka jenguk2 dari batu tu ke bawah tangga..

Dan besi railing tangga tu pun kalau ada rezeki nanti nak tukar jenis kaca tu.. *berangan* .hihi. Bila dah lama2 tidur kat bilik bawah rasa syok pulak sebab takyah turun naik dan nak kemas2 pun skit je huhu. Bilik bawah tu adalah bilil serbaguna yg ada sofabed dan merangkap bilik menjahit...hihi

7 comments:

ikafantasi said...

lama betul sis xcite pasal deko2 kan

Fizah said...

besarnya umah humang aihh...hehe...

p/s lama takde cerita deko...bz ekk ;)

cik hani said...

besar rumah.. saya kalau dapat rumah 2 tingkat mesti malas nak naik atas. hehehe.. sekarang duk umah flat jer. hehehe

Hayatie Hashim said...

Ika & fizah: lama tak cite pasal deko sebab tak mendeko pun..tengah tepu nak deko lagu mana. Kang asyik2 beli pastu tak kenan tukar beli lagi..perabis duit je..hihi!

Cik hani: letih nK kemas...pheww!

rlongbomba said...

ni la cite yang di tunggu-tunggu ;-)

Hayatie Hashim said...

rlong: hahaha..tgulah mood mendeko mai lagi...

Shafinaz Shauqie said...

beso nye ruang atas..best!

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea