Thursday, March 6, 2014

Azri 1st Pre-school Trip today!

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 8:10 PM
Hari ini hari jumaat, seawal pukul 4 pagi tadi azri dah bangun untuk rombongan tadika dia ke Kidzania, Muzium Cokelat di Kuala Lumpur. Aiii bukan main senang je nak bangun bila tahu nak jalan kan. Padahal kalau nak pergi sekolah, hmm kemain liat sampai menangis-nangis, grrr!

 Teruja betul 2 minggu sebelum hari-hari tanya pasal trip dia ni. Pukul 5.30 pagi dah berkumpul depan McD Batu Pahat. Tapi bertolaknya 6.30 pagi juga, hehe!

 Pakai tag nama, nama kumpulan dan teacher pengiring dia.



 Ustaz baca doa sebelum naik bas dulu beramai-ramai. 

Ada dua buah bas yang membawa kesemua 60 org murid 6years Little Caliphs dari dua buah tadika iaitu dari Parit Raja dan Bukit Pasir dan 22 orang cikgu pengiring. Kesemua anak-anak menaiki. Azri memang suka lah, inilah pertama kali dia naik bas.

Lambain Azri dari dalam bas. Hati ibu bapa yang tak risau kan melepaskan anak menaiki bas 3 jam perjalanan ke KL, huhu! Semoga Allah lindungi para anak-anak kecil kami ini selamat pergi dan pulang hendaknya, Amin-amin! Lewat petang nanti kot baru balik ke Batu Pahat semula..

3 comments:

rostina76 said...

betul tu yatie….anak2 mmg seronok la klau dpt sama kawan2 naik bas g rombongan tapi kita yg risau pasal keselamatan dorg….teringat pengalaman kros 1st time dgn my eldest dulu. camni la perasaannya. pepepun inshaALLAH semoga Azri selamat pergi & kembali ke batu pahat dgn selamatnya

ayu said...

seronok memang la seronok tapi risau tetap ada kan..hari tu time hariz pun mcm tu gak...

Hayatie Hashim said...

Kak ros; tu1st time jugak utk nya ni..hihi

ayu; klu dekat2 mmg tak berapa risau..ni jauh huhu.

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea