Saturday, February 15, 2014

Penantian berakhir sudah!

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 12:13 AM

Inilah dia benda yang dinanti-nantikan. Dua buah kotak, yang satu seberat 13kg yang dipos dari Bangi. Mesti dah boleh bajet kan. Ianya tak lain tak bukan adalah Mesin jahit & Sulam Brother NV950E. Akhirnya menjadi milikku..hihi Malas nak beli walk-in, bila kala nak ke KL selalu. Kalau kat Batu Pahat ni tak dapek ar harga cenggini....huhu! Ikut skema-skema harga retail tu...huhu

Saya beli dari Krafezze Enterprise. RM2999 termasuk advance embroidery software, tambahan 5000 pattern free, percuma lagi 5 biji benang sulam Dolphin dan 5 benang biasa Dolphin. Oklah..
Bertambah lagi satu mesin yang khas untuk sulam walaupun mesin ni boleh jahit biasa juga.. 

Kiranya modal beli mesin sulam ni adalah dibiayai dengan grant RM1000 oleh SKMM-GMBO yang saya dapat bulan lepas dan selebihnya saya topup dengan duit sendiri, opps duit en boss hehe! Tenkiu Mr boss i lap u dan juga SKMM-GMBO.. :)

 Yang sebelah tu embroidery platform dia, bila kita nak sulam kita kena lekatkan dengan mesin. Saya memang teruja sungguh sebab pertama kali saya nak cuba jahitan sulaman pula. Salah satu projek jahitan idaman saya dan kalau dah pro nanti banyak projek2 baru untuk produk LaLiLo yang berasaskan sulam pula, chewahhh!

 Selain 2 biji benang sulam free yang saya dapat, saya tambah lagi 30 biji benang sulam dolphin pelbagai warna. Alang-alang dah pos baik beli sekali lagipun mana cukup 5 warna je benang sulam tu.
Ni takda kaitan tapi nak selit juga, hehe! Ni benang jahit biasa saya. Dulu benang ni semua gemuk-gemuk hampir penuh kotak ni bila susun. Tapi sejak 2-3 bulan kebelakangan ni bila saya dah mula bergiat aktif dengan LaLiLo semula, benang-benang ni dah slim-slim je, hahahha! *Hmmm nak kena gi shopping benang pelbagai warna pas ni.

Saya teringat mak saya pernah kata, 'apesal beli banyak-banyak benang ni, guna satu dua dah lah, membazir je nanti tak habis'... Saya terus senyum je..sebab mak saya tak faham kalau tukang jahit atau kaki jahit ni, barang jahitan yang paling banyak dia perlu ada adalah stok benang pelbagai warna..hehe!

#Ok masa untuk godek-godek mesin sulam encik abang ni, cuba-cuba test power....tata! :)

1 comments:

manager said...

bestnyer..boleh ajar x cara guna sulam mesin ni.

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea