Thursday, January 2, 2014

Persiapan Tahun ke2 Pra-Sekolah Azri

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 4:18 AM
Eh, orang semua dah start naik sekolah 2hb harini, akak baru nak terhegeh2 nak cerita pasal persiapan, apakah? Hahah! Sebenarnya saya saya pun ingatkan tadika azri mula naik sekolah hari ini, sampai lah saya datang sesi taklimat ringkas dan pengambilan uniform pada 31hb, selasa hari tu. Rupa-rupanya tadika azri mula pada hari Ahad ini iaitu bersamaan 5hb Jan. Eh ahad? haa, kan Johor sudah mulakan hari bula berkerja dan persekolahan pada setiap hari Ahad dan cuti mingguan pula pada pada jumaat dan sabtu mulai tahun 2014.

Tapi sebenarnya tadika azri je yang start Ahad ni. Sekolah kerajaan yang lain dah mula bersekolah pada 1 Januari hari tu..

Selesai pendaftaran bagai. Tahun ni saya ambil OT 1 jam lagi selepas habis tadika pada pukul 12pm. Kalau sebelum ni pukul 12pm dah balik tapi tahun ni sampai pukul 1pm pula. OT 1 jam ni adalah kelas hafazan termasuklah makan tengahari sekali. Tambahan RM25 dari yuran, jadi yuran bulanan RM235. Bila post kat FB, ada plak yang komen semacam bila tengok yuran. Rasanya banyak lagi orang lain yang kena bayar yuran yang mahal-mahal lagi. Tapi itu terpulang pada pilihan ibu-bapa. Semua pun mesti nak yang terbaik untuk anak-anak, jika ada rezeki lebih tu pun tak salah nak dilaburkan ke anak. Saya dahulu pun tadika Kemas je, tapi separuh jalan tak sampai setahun lari balik rumah sebab takut cikgu garang, kih kih!


 Lepas balik dari taklimat tu baru lah nak basuh kasuh. Takda beli apa-apa yang baru pon. Beg dan kasut guna yang lama. Uniform je tukar baru sebab yang lama dah ketat.

Salah satu azam tahun 2014 ni adalah taknak bagi azri ponteng-ponteng lagi macam tahun lepas. Rasanya tahun lepas banyak sangat pontengnya. Tu tak masuk sakit demam bagai tu. Tahun 2014 ni nak kena disiplin skit lagi-lagi sebab nak menghadapi ujian kemasukan Darjah 1 2015 dekat Sek. Agama Bersepadu tu tengah tahun ini..


1 comments:

Duniaku Duniamu jua said...

huhu...yuran tadika anak sy pn...naik 25 hinggit...jadi rm295. last year 2 beradik tadika yg sama..yuran pendftaran jer...kena sediakn 3K...yuran bulanannya +penjagaan/tutorial ptg...kena sediakn 800++ utk 2 org. Mmg rase agak perit... and byk gak suara2 rakan tk enak kedengaran yerlah...kalu hantar prasekolah ke....dh tentu2...rilex jer...tiap bulan tkyah bayar pape....tp sy tk kisahkn pn...krn mybe pemikiran ibu2 ni...tk sama...mcm sy tetap mahu berikn yg terbaik utk anak2 semampu yg boleh...demi perkembangan & persekitaran yg mmberangsangkan pembelajran mrk di usia 3-6thn..

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea