Monday, January 20, 2014

Discharge ward, Birthday Boss

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 8:13 PM
Lama tak sempat nak mengadap blog kesayangan ni selepas hampir 4 hari berkampung dihospital Pantai. Alhamdulillah, hari ke Rabu En boss dah boleh balik ke rumah setelah beberapa hari selepas pembedahan lutut pada ahad minggu lepas. 

Sepanjang diwad memang sibuk sangat sebab terpaksa ulang-alik dengan nak hantar dan ambil azri kat tadika lagi, pastu nak rushing ke hospital lagi. Nasib baik mak saya datang dari Kajang teman kan izzet kat rumah sementara tu. 

Bila dah keluar wad pun masih sibuk juga dengan urusan rumah pula, dengan rumah yang 4 hari tak kemas, baju tak berlipat berbakul2 toksah cerita la. Sebab en boss memang masih tak boleh berjalan penuh lagi walaupun bertongkat. Setiap masa perlu uruskan dia terutama waktu nak kebilik air, mandi etc. Takut lah kang terjatuh etc..

Kos keseluruhan pembedahan yang bernilai RM19,117.10 jika di hospital swasta. Kos tu sebenarnya kami dah survey juga sebelum nak operate lagi. Kalau hospital kerajaan memang bawah RM5k sahaja tapi consnya tak larat nak menunggu giliran. Ada yang perlu tunggu berbulan-bulan untuk giliran operation.

Kami tak tahu actually berapa kos yang akan ditanggung oleh pihak insurankan masa tu. Masa tu dah pikir, kalau dapat cover half ke pun dah kira ok lah kan. Bila nak settle bil sewaktu nak discharge Rabu tempohari, jumlah yang perlu dibayar adalah RM777.95 sahaja. Itu hanya bayaran untuk barang-barang fisio seperti tongkat dll.  Selebihnya RM18,339.15 ditanggung oleh insuran. Dalam hati memang syukurrrrr, Alhamdulillah pada Allah kerana dipermudahkan. Memang selesa, duduk pun bilik single bapak besar..huhu! 

Ni tahapp boring punya pasal masuk hari ke3 belum keluar-keluar lagi, huhu! Jom 'Wefie' la dengan orang sakit..kih kih!

Sampai rumah, kami tengok DVD pembedahan lutut yang dirakam sewaktu pembedahan selama 4 jam tempohari. Ngiluuuu! tengok macam tu rupanya keadaan dalam kepala lutut kita..Otot (ligament) yang putus itu dibuang dan urat dari bahagian kaki lain di ambik untuk disambung disitu bagi menggantikan yang putus itu. Sebab itu ianya dinamakan Posterior Cruciate Ligament Reconstruction.

Jumaat lepas 17 Januari adalah ulangtahun kelahiran encik boss yang ke 34. 

Azri sibuk ajak saya pergi beli kek juga nak suruh abah tiup lilin. *Sebenarnya dia yang nak makan kek tu, huhu! Tahun ni encik boss sambut birthday dengan kaki kena operate, huhu! Masuk hari ini, sudah 10 hari encik boss tak boleh keluar kemana-mana,lepas keluar wad, duduk rumah je. Okla tu, dapat juga merasa macam mana rasa orang berpantang yang takleh keluar rumah 40 hari tu, kih kih!

*Get well soon, dear! Nanti kita tengok movie Robocop lak yer :)

2 comments:

rostina76 said...

salam yati….laaaa kesiannya en boss. semoga cepat recover utk en boss

iT's All aBout uS said...

patut la lama menyepi... moga cepat sembuh ye en. boss

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea