Thursday, January 2, 2014

DariNya dia datang, PadaNya dia kembali

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 9:50 PM

Alhamdulillah, selesai juga mengharunginya selama 2 hari. Nak juga coretkan diblog sebagai kenang-kenangan cerita dimasa tua nanti, hehe! So this is officially total of my 4th pregnancy, two born, twice miscarriage. My first miscarriage was back in 2007, first pregnancy  end up with miss abortion at 14 weeks. Maksudnya takda turun darah, takda apa tanda, scan terus takda fetal heart. So terus buat DnC (Dilation & Curettage)  dan SnC (Suction & Curretage). At that time takda apa yang dibawa balik sebab sample kena dibawa ke lab sebab suspected with Molar Pregnancy. 


Second & third pregnancy was a successful pregnancy, lahirlah Azri & Izzet pada tahun 2008 dan 2011. Again, alhamdulillah rezeki happy baru pindah rumah agaknya, hehe. Akhirnya bulan November 2013 hari tu, check UPT and the result was positive! Tapi seperti biasa, saya tak mahu rasa keterujaan melampau sebab sejarah pernah gugur, so i kept the good news only to my family members and few close friends. 

Selalunya nak tunggu sampai nampak fetal heart je baru saya betul-betul yakin. So last two weeks, 20 Dec 2013, saya buat ultrasound to check on gestational age, fetal heart beat bla bla. Masa tu dah 6 minggu 5hari, hampir 7minggu dan nampak fetal heart beat berdenyut-denyut dalam ultrasound tu.

Tapi 3 days before New year, saya dah turun chocolate staining. Masa tu takda lah rasa risau sangat sebab masa Azri dan Izzet pun saya ada turun staining skit-skit and i assume it was a Implantation bleeding, hopefully!. 

Pada 31hb Dec, sejurus selepas pulang dari Taklimat takdika Azri, selepas Zuhur. Saya dah rasa 'basah' skit and bila swipe dengan tissue, i can see a fresh blood! Lepas tu memang i dah rasa tak sedap hati and the first thing came out my mind is misscarriage je. 

Encik boss pula dah oustation to JB until the next day, so i kena siap-siap nak pergi klinik sorang untuk scan lagi skali. Sebelum tu kena hantar budak-budak ni dekat rumah Mertua dulu. Sampai klinik around 5pm dan buat ultrasound dan tengok fetal heart beat dah takda. Doc bagi referal untuk ke hospital for further action.

Encik boss pun rushing balik that day. Sepanjang tempoh menunggu encik boss nak ke hospital memang banyak darah turun. 4 keping pad penuh dah tukar. Saya pun memang dah rasa 100% is not out rezeki lah kot kali ni. Tak logik lah darah keluar sebanyak ni time pregnant kecuali miscarriage je.

Malam Tahun Baru disambut dekat emergency Putra Specialist, huhu! Pertama kali saya ke situ. Jam dah pukul 10.30pm, Pakar O&G bertugas malam tu, Dr Chew terus buat transvaginal scan dan nampak (kantung) sac pun dah almost turun, anytime akan keluar (dengan darah-darah). So dia buat minor procedure on the spot, keluarkan kantung tu. Dia kata, kalau nasib baik scan bersih takda apa-apa tertinggal, tak payah cuci (buat D&C). 

Bila dia scan, memang ada nampak benda-benda yang masih lekat kat dinding rahim, most prob sisa uri ke etc, katanya. So scheduled D&C the next day sahaja, tak perlu overnight kat wad since darah yang dah keluar pun dah tak banyak lagi lepas sac tu dah dikeluarkan. Lega saya, sebab dalam hati dah fikirkan anak-anak kat rumah yang sedang menunggu ditemani ibu mertua saya yang diimport oleh encik boss on the way rushing balik dari JB petang tu. FYI, mertua saya memang orang Batu Pahat :)

Pagi 1 Jan 2014 buat D&C kul 9.30am doc bagi sedation, kul 11.30am saya dah sedar kat wad. Dia bagi sekali sisa-sisa yang tinggal tu untuk ditanam bersama dengan sac. Sebenarnya dalam sac tu dah nampak fetus kecil sahaja sebesar biji gajus. Dr Chew suluh dan tunjukkan fetus tu, dah nampak dua tangan kecil dan kaki yang dah keluar skit dari 'bentuk bijik gajus' tu. Dekat bahagia atasnya nampak dah 2 dot hitam, most probably mata dia la kot, hihi!

Saya ada snap gambar sac, close up fetus dalam sac tu tapi taknak update kat blog, biarlah saya simpan sebagai tatapan peribadi :) Balik rumah, azri tanya apa yang ada dalam botol tu, saya kata baby lah. Dia terpinga tengok dalam botol tu sambil tanya lagi 'ibu dah melahirkan baby ke'? hehe


Dah selamat tanam dekat dalam kawasan rumah saya, kat tepi rumah. Balutkan dengan kain putih. Walaupun keguguran kedua, tapi pertama kali dapat lihat sendiri sac/fetus dan dapat dibawa balik. Kata Dr.Chew it is nothing to do with your cervical incompetence sebab kandungan masih dibawah 10minggu. Mungkin sebab baby yang problem. Cerclage awal pun takda effect. Cervical incompetence comes to the place bila kandungan dah over 20w, bila cervix tak boleh stay close untuk tampung kandungan tu. To yang risiko pre-term labour dan worst-case misscarriage juga even after 20wks sebab baby belum cukup matang. Itu yang terjadi pada saya sewaktu mengandungkan izzet, 24weeks kena emergency cerclage.

Alhamdulillah, mujur semuanya jadi, azri pun belum start tadika lagi. In fact pregnancy kali ini pun, saya agak berat hati untuk mewar-warkan (chewah!) dengan orang lain. Rupanya-rupanya ia hanya dipinjamkan pada saya selama 8minggu sahaja! :)

Perasaan? hmm sebenarnya takdalah lah sedih melampau ke apa. Cuma kadang-kadang ada rasa macam 'kehilangan' tapi tak begitu sedih. Bila rasa macam nak 'frust' ke saya pandang dua orang budak tu (lagi-lagi izzet) dengan pelat-pelat dia tu, rasa 'kehilangan' terus terisi semula. Saya dah ada 2 orang cahaya mata yang patut saya syukuri. Dan mungkin ini adalah adalah keguguran kedua dan rasa kecewa itu tidak sedramatik seperti semasa keguguran kali pertama dahulu disaat memang betul-betul mahukan cahayamata pertama pada masa itu :)

Berpantang selepas keguguran ini saya cuma amalkan minum pati ikan haruan dan mungkin sedikit ubatan tradisional untuk memulihkan dalaman, tak makan benda sejuk-sejuk dulu, sebab saya memang pernah bentan sewaktu berpantang izzet gara-gara makan aiskrim magnum selepas 2 minggu bersalin, kih kih! Akibatnya, bila malam badan saya mengigil seram sejuk beberapa kali sehinggalah subuh, huhu!

In fact malam selepas habis D&C selepas pulang ke rumah, seperti biasa sebelum nak tidur memang pasang aircond, kipas semua untuk sejukkan bilik. Tapi tak semena-mena lebih kurang setengah jam lepas tu rasa badan saya tiba-tiba sejuk sangat walhal encik boss kata tak sejuk pun. Terus saya teringat eh kan saya baru lepas D&C haruslah rahim sedang luka macam proses orang lepas bersalin! Ye lah, kadang-kadang terlupa yang dalaman belum sembuh sebab tak rasa luka koyak bawah macam orang lepas bersalin kan, tu yang lupa diri, kih kih!

Rengat (surges) selepas beberapa hari D&C ni memang terasa lah, kadang-kadang slow kadang-kadang kuat pula menrenyut-renyut kat bahagian bawah perut ni. Doc bagi pain killer tapi saya tak makan lagi sebab masih boleh bertahan lah.

Alhamdulillah, banyak misi dan azam tahun baru 2014 untuk dimulakan dan dilaksanakan. Semoga Allah permudahkan urusan, rezeki kami sekeluarga.

14 comments:

amirah said...

takziah atas kehilangan...takde rezeki..moga dipermudahkan lain kali ye..

Aty_Fared said...

ya Allah...tak sempat nak ucap tahniah..terpaskse i ucapkan takziah..innalillah... tabah key..

Hayatie Hashim said...

Tqvm amirah & aty ♡♡ ;)

Iela Fazielah said...

xpelah kak...xde rezki lg namanyer... innalillah....

Fiza Rahman said...

Takziah yatie. Blh cuba lagi ☺

Noorharizah Azfar said...

hugs kak yatie.

sebak je zah baca

Hayatie Hashim said...

Iela: tqvm ;)

Fiza: tqvm ..ok usaha lagi..kih kih ;)

Zah: tqvm ;)

Azrina said...

Salam sis, takziah. Mungkin ada hikmahnya yang kita tidak ketahui..

lps baca ni sy menjadi insaf..sy tgh pregnant 8 weekks. any tips ..rasa takut :( kalau bukan milik kita, it wont be kan..

Hayatie Hashim said...

Azrina: tqvm ;) dont worry, insyallah doa banyak2... semoga semuanya dipermudahkan untuk awak ;)

~ NANA ~ said...

takziah kak...insyaAllaha da rezeki lain nanti...take care yer :)

Duniaku Duniamu jua said...

Takziah...Allah SWT tau aper yg trbaik utk kite kn...

Hayatie Hashim said...

Nana & duniaku: tqvm ;)..amin-amin! ;)

Riana said...

takziah kak..xpe..dah ada 2 pengarang jantung kan =)

Hayatie Hashim said...

Riana: tqvm :) ♡♡

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea