Tuesday, January 28, 2014

Azri Admitted - Infectious Mononucleosis

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 6:17 AM
Bulan ini adalah bulan paling kerap ke hospital. Dalam masa dua minggu ni hospital dah jadi macam rumah kedua saya pula. Mula sebab gugur tempohari. Penat berulang-alik selama 4 hari di Hospital Pantai sebab pembedahan lutut encik boss kemudian disambung pula 6 hari berkampung di Hospital Putra Batu Pahat pula.

Alkisahnya...
Selang 5 hari selepas encik boss dah balik rumah selepas pembedahan lutut dia. Rabu lepas (22.01.13) azri pula kena admit kat Putra Specialist Hospital, Batu Pahat. Dua sebelum tu dia memang dah batuk dan selsema biasa. Awal pagi rabu tu bila dia bangun tidur, mulut nampak kesan darah. Badan pun dah demam. Memang dia time malam ada demam2 skit sebelum tu. Pergi bila air kuar kahak pun berdarah.

Terus saya bawa azri dengan izzet sekali ke hospital sebab izzet pun tengah batuk dan selsema juga. Hati memang dah bajet silap kena tahan ni sebab pagi tu dia memang dah teruk sungguh, suara dah ke dalam. Makan minum pun tak boleh. Hari sebelum tu masih boleh makan dan minum lagi..

Sampai kat Hospital, pediatric Dr Allen check tekak tonsil dah penuh selaput putih macam kulat dan tonsil pun membengkak besar. Patutlah nafas dia berbau busuk. Selama ni kalau dia batuk, tonsil merah pun tak pernah sampai nafas pun berbau. Doktor kata ni memang kena tahan terus.



Hari tu terus masuk wad dan doktor start terus antibiotik selama beberapa hari seterusnya. Rasanya ini kali kedua azri kena warded kot sepanjang 5 tahun. Kali terakhir kena warded masa baru lahir sebab kuning..hoho. Selama 5 tahun tu adalah sakit demam biasa je pergi klinik makan ubat baik dah.



Sebab kali terakhir warded tu masa baby kan so kira ini pengalaman pertama dia kena cucuk-cucuk kat tangan nak buat IV line. Memang susah sangat sebab tangan dia chubby doktor tak jumpa urat. Kiri kanan cucuk, last cucuk kat kaki. Sampai pakcik guard kena tolong pegang takut dia meronta ke nurse tak kuat nak pegang..huhu

Doktor kata azri kena Infectious Mononucleosis. Yang disebabkan oleh virus Epstein-Barr sebab tu tonsil membengkak dan virus tu berkoloni dengan jayanya kat seluruh dinding tonsil tu membentuk selaput putih macam dalam google pic ni. Tak dapat nak snap pic mulut azri sebab nak bukak mulut pun dia tak mahu. Saya dapat tengok putih2 tu setiap kali doktor datang check je.

Mononucleosis ini dijangkiti melalui sentuhan di saliva. Kalau dikalangan dewasa dipanggil "kissing virus". Dikalangan kanak-kanak disebabkan sentuhan tangan yg sudah dijangkiti virus itu dan bersentuh pula kedalam mulut dan air liur.

Hati saya kuat mengatakan dia mungkin terkena sewaktu mengikut saya berulang alik ke hospital sewaktu encik boss warded. Sebab sepanjang tempoh berada dihospital dia memang main je pegang sana sini..kdg2 main golek kat lantai.


Sepanjang diwad, treatment utk mononucleosis ni dengam antibiotic, disinfectant mouth spray, ubat kumur2. Selain to doktor suruh letak madu juga. Yang heran, sepanjang kena sakit ni. Takda plak selsema dan batuk menyerang. Memang virus tu berkoloni dekat tonsil dan sekitar tekak je.


Sepanjang tempoh 3 hari pertama itu keadaan dia memang agak teruk. Dengan tak boleh makan lagi. Bila malam, tekak mula berdarah. :( Ada satu masa, dia demam lagi sampai terketar-ketar masa tu dalam pukul 2-3pagi saya dah risau sangat sebab dia macam tak respon bila saya cuba bangunkan dia, dia terus tidur dengan nafas macam tersangkut-sangkut. Saya terus insaf jap terkenang masa-masa yang saya marahkan dia, saya berdoa pada Allah jangan lah Kau amik dia lagi. Bagilah aku peluang, ampunkan lah segala dosa-dosa aku. :(

Masuk hari ke 3, doktor pindahkan IV kat tangan pula bila dah jumpa urat. Kata tempohari sebab semua dan urat membengkak sebab tengah demam. Kalau kat tangan cepat skit antibitiotik sampai berbanding kat kaki. Saya memang risau sebab dalam masa 3 hari tak nampak perubahan.

Masuk hari ke-4 baru dia terasa nak makan skit. Tapi terus selera nak makan mee segera je, hadoi! Layankan je lah sebab dari dia tak makan kan..huhu.  Doktor kata nasib saya cepat datang hospital kalau lambat, worse case kena tebuk lubang kat leher untuk lancarkan pernafasan sementara nak tunggu bengkak tonsil surut..

Bila dia mau makan dan minum air saya dah lega juga. Saya tahu kali ni dia bukan demam biasa. Bila ianya melibatkan sejenis virus saya memang sangat risau. Pelbagai jangkaan buruk boleh berlaku bila virus sudah masuk kedalam budak-budak, kadang-kadang boleh menyerang tempat-tempat lain yang takda kena mengena..huhu! Teringat kes-kes kanak-kanak meninggal yang selalu saya baca di internet disebabkan virus itu ini..

Ni rupa tekak dia selepas hari ke4 tu hari. Nampak tak masih ada lagi putih. Itu lah dia virus yang menyerupai kulat tu. Dah tinggal skit2 je. Tonsil masih bengkak skit tapi dah boleh makan skit2. Masa hari pertama masuk wad tuhari nampak putih je semua sampai mulut takleh nak bukak. Tonsil pun kiri kanan hampir bertemu. Sebab tu dengar keruh dia bernafas macam susah.

 Hari ke-6, Isnin kelmarin baru doktor bagi discharge setelah dia puas hati. Doktor bimbang jika tak betul-betul hilang virus tu nanti dia akan aktif semula. Suka lah dia tak sekolah lagi, hihi!

Doktor bagi MC 9 hari bermula dari tarikh dia masuk wad 22hb sampai lah 30hb, lepas cuti CNY baru dia naik sekolah semula.

Azri memang budak yang kuat, dia jarang sakit cuma setakat demam, batuk biasa je. Sekali dia sakit memang betul-betul dia sakit. Sepanjang 5 tahun ini pertama kali dia masuk wad. Sebab tu dia agak seriau bila tengok jarum kena cucuk-cucuk.

Alhamdulillah semuanya selamat. Walapun terpaksa menguruskan anak-anak sendirian sebab encik boss takleh bergerak lagi mujur ada dua-dua mak iaitu mak saya dan mak mertua sekali yang diimport untuk membantu menguruskan rumah, encik boss dan si izzet tu.

Hikmah disebalik itu, banyak yang saya pelajari, menyedari untuk menjadi ibu yang lebih baik lagi, menjaga amanah Allah yang paling berharga sekali iaitu anak dengan sebaik-baiknya, menghargai mereka sewaktu mereka ada, ceria dan sihat! Dan juga sekurang-kurang secara tak langsung juga saya tahu sedikit sebanyak maklumat mengenai Mononucleosis , ACL, PCL renconstruction :)

3 comments:

amirah said...

hrp azri dh sihat skrng ni..ngeri tgk nya...kesian kalau anak2 sakit..rasa macam kita mak2 ni nak gantikan aje,..huhu...berdoa moga dijauhkan lah anak2 kita dari penyakit2.. aminn

iT's All aBout uS said...

alamak... yeke tu nama dia? saya pun ade kena tapi doc tak mention lak ape nama virus... and bg antibiotic ja. Sakitnya memang tak tergambar lah, demam sampai rasa ketar satu badan. Jangankan makan, nak telah air pon rasa cam nak tercabut tekak. Moga azri sembuh sepenuhnya ye

Hayatie Hashim said...

Amirah: amin ..tq ;)

About us: kalau dewasa dia tak berapa teruk sgt sbb imun kita kuat..klu budak2 yg teruk skit.. tq dear ;)

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea