Saturday, December 28, 2013

Sampul & Kotak prabayar POSLAJU

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 2:12 AM
Sekarang POSLAJU dah buat sampul dan kotak prabayar. Senangdan takyah lagi pening2 nak membalut barang. Memang sesuai sangat dengan jahitan saya yang je hendak dmenjadi .

Saya siap2 beli dan bila nak pos dekat pusat poslaju (bukan pejabat pos) perkhidmatanadi dropkan je bungkusan tu dikaunter. Takyah beratur panjang2 lagi. Kaunter Poslaju Batu Pahat ni memang ramai. Siap2 isi consignment note dan selit kat dalam tempat yg dia siap buat di belakang sampul tu.

Ada dua jenis sampul plastik RM6 untuk 500g RM9 untuk 1kg. Barang yang hendak diisikan tu mesti taklebih dari berat sampul itu. So far saya gunakan sampul ini sahaja untuk mengepos cloth pad, apron dan nursing cover etc. 

Agak2 kalau barang kalian lebih besar dan berat lagi boleh beli prepaid boxes lak. Box ni saya tak pernah guna lagi so far. Tapi kaedahnya sama la kot. Poslaju memang menjadi perkhidmatan courier yang paling efisyen sekali bagi saya berbanding syarikat perkhidmatan yang lain. Memang jarang menghampakan. 

Semua tempat sampai setakat ini. Contoh kalau courier lain yang nak hantar naramg pula ke rumah saya, sampai 2-3 call tanya alamat. Tak pernah datang la etc, pastu tak jumpa juga drag lagi keesokkan harinya atas alasan dah lewat. Mana tak lewat dah nak kepetang baru terhegeh2 nak telefon tanya tu ini. Kadang2 time dia nak hantar tu lah kita dah kiar sbb tunggu dari tadi tak sampai2..

Bukan lah kata Poslaju tu paling bagus still ada juga hiccups sekali sekala..tapi masih lagi boleh dikategorikan efisyen lah dalam mencari alamat, segala ceruk pun samapai..hihi. Saya masih lagi berfikir2 sama ada nak buat account terus dengan poslaju atau tidak. Dah tanya juga kalau nak bukak account kena datang bawa SSM, deposit RM500. Nanti tiap2 bulan diorang hantar bil je.

 Tapi bila fikir balik setakat ini masih mampu lagi nak berulang alik ke Poslaju sebab tak kerap sangat pun nak mengepos..huhu. tapi bila time kena beratur panjang tu la laju je nak set up account poslaju so that diorang boleh pick up kat rumah takyah kita  nak keluar ( dengan terpaksa angkut dua orang budak2 ni sekali) huhu. Now dah ada prepaid envelope ni senang kerja takyah beratur lagi drop je..heheh!

8 comments:

syaa said...

macam mana dengan tracking number ye kak?kita boleh ambil siap2 ye yg bhgn salinan sendiri tu?

Hayatie Hashim said...

sya: ahah bahagian belakang kita amik siap2.. :)

NUR SYUHADA ABDULLAH said...

salam..nice info.. kalau kite pos mcm bekas dlm plastik courier tu tp still berat 500g boleh? :)

Hayatie Hashim said...

Slm boleh je kot..janji muat dlm plastik tu dan berat tak lebih dr yg ditetapkan

diyana natasha said...

salam.. saya nak tanya.. boleh tak kalau kita beli je sampul prabayar tu.. esoknye baru kita pos.. ada kena bayar apa2 ke masa nak pos esoknye tu?? tq. :)

Hayatie Hashim said...

Diyana: sampul tu dah siap2 byr dgn harga berat brg tu ie Rm6 utk sampul berat 500g..dah beli, bila2 masa boleh hantar..tak perlu bayar n beratur pun..drop je kat kaunter tu..n jgn lupa siap2 amik salinan kita yg helaian terakhir tu

Pwincesz Dee said...

ada beza ke utk semenanjung dan sabah sarawak? rm6 dan rm9 tu utk berat kan..

Ms.market by naris said...

Saya biasa pos guna plastik prabayar ,, berat lebih dr yg d tetapkan pn blh je,, tp jgn smpai xblh nk ttup plk ,,cuma kalau ada apa2 kerosokan dgn sbb lebih berat itu pihak pos xbertanggungjawab ,,,
Kalau untuk sabah sarawak plastik size s rm10 ,, plastik size L rm15

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea