Wednesday, November 20, 2013

Rumah mak: Tukar Pintu Bilik Air jenis Bi-Fold

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 3:12 AM
Haa, ni bukan kat rumah saya tau. Dekat rumah mak saya di Kajang. Kebetulan dia cakap lock pintu bilik air lama dah tercabut kan. Alang-alang tu terus saya tukarkan dia set pintu baru sekali. Pintu plastik lama tu pun dah pecah2 hujungnya mana taknya dah dekat nak 17 tahun. Pintu lama tu jenis yang lipat kecik-kecik tu, apa tah panggilnya. Mak saya kata dia berkenan nak pintu bilik air macam kat rumah saya tu.

Balik kajang bulan lepas saya terus gi tempah kat Big Bath, Balakong. Bersebelahan dengan Jusco Cheras Selatan. Harga RM340 termasuk pasang sekali. Ada satu jenis lagi katanya yang grade baik lagi, siap ada tempat wap 'hawa' bilik air keluar dari tempat handle tu. Harga RM420. Tapi saya pilih yang biasanya. Nak lubang-lubang pun hawanya keluar dari bilik still keluar ke dalam rumah juga.


Saya tukar dua set pintu terus sebab rumah mak ni ada dua bilik air je. Coraknya saya pilih jenis black n white. Mulanya nak warna plain putih macam rumah saya, tapi takut macam simple sangat so saya pilih yang ada corak skit, mak pun suka la skit kan..hehe!

Tak tau la kenapa untuk pintu bi-fold ni saya rasa frame hitam lebih nampak menarik dari frame putih atau silver. Hahaha ' the beauty is in the eye of the beholder' la kan..hihi!

Takda pic sebelum sebab masa diorang pasang tu saya dah kat Batu Pahat. Lepas confirm deposit katanya dalam 2 minggu tapi seminggu je depa dah call cakap nak datang pasang, cepat lah juga kan...huhu!


12 comments:

~ NANA ~ said...

Murah rm30 drp price kt sini..saya mampu pakai utk master bedroom je, yg lain2 pintu plastik je..hihi

Rizziela said...

Cantiklah...sy beli hari tu RM350....siap pasang

MamaDaniel said...

owh... kedai tu.. dekat sangat dengan rumah kita ni.. nanti nak gi skodeng la.. hehe.. :)

Rose Azadir said...

Salam…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com . Saya follow sis n kalau sudi follow la saya balik yer…

Hayatie Hashim said...

Nana: takpe slow2..boleh tukar nanti. .hihi

Rizziela: lebih kurang kan..hihi

Rose; thanks for following..insyallah akan terjah kesana ;)

MamaDaniel: ooo rumah area sana yer ;)

Mrs. Engineer said...

Saya booking kt homedec tahun lepas,rm370...mahal rm20...huhu

Hayatie Hashim said...

Mrs. Engineer; oo ye kah makin lama makin murah kot...

d-Ya said...

tengah mencari2 pintu bifold gak..huhu.thanks for sharing..jom follow mengfollow blog..heee~

addy ana said...

ada pengalaman renovate bilik air yang kecik tak? tukar batu marmar, tambah shower n tukar toilet bowl berapa agaknya?

addy ana said...

ada pengalaman renovate bilik air yang kecik tak? tukar batu marmar, tambah shower n tukar toilet bowl berapa agaknya?

Hayatie Hashim said...

Addy ana: tak pernah lagi renovate bilik bilik air ;-)

Fifi Nadhrah said...

boleh la usha dekat big bath lepas ni.. tq for the info..

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea