Friday, November 1, 2013

Restocking LaLiLo Cloth Pad

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 7:27 AM
Hamboi bunyi tajuk tak boleh tahan lah, haha! 
Sebenarnya LaLiLo saya ni dah genap setahun menyepi. Saya tak sempat lagi nak mulakan aktiviti jahit-menjahit ni. Yang paling sedih, saya banyakkkk sangat dapat e-mail orang-orang yang berminat nak beli cloth pad tapi malangnya saya takda ready stock dah. Sayang sesangat! :(

Sayang sangat sebab dah dapat masuk projek Get My Business Online (GMBO) ni tapi tiba-tiba macam nak terkubur pula. Dengan GMBO ni lah saya dapat domain .com.my percuma selama setahun dan yuran hanya RM23 untuk tahun seterus-seterusnya... Boleh baca kat entri lama ni.


Berbekalkan semangat yang suam-suam kuku ni saya nak cuba buat semula cloth pad untuk stock up semula cloth pad LaLiLo. Fuh-fuh tiup-tiup skit aura menjahit supaya datang kembali. Tapi dah sedap-sedap menjahit tiba-tiba pak singer ni macam meragam skit la pulak. Rasa macam nak kena servis dulu kot. :( 

Alhamdulillah, sewing-in-progress. Dapat juga saya buat beberapa keping cloth pad untuk dijual. Tunggu dah siap sepenuhnya, saya akan up di website LaLiLo.com.my

 Itu baru permulaan, ada banyak lagi kain yang belum berjahit untuk diterjemahkan lagi..huhu! Misi jangka pendek saya adalah untuk menghabiskan kain-kain ini semampu mungkin.

Antara to-do-list untuk 'menyegarkan' semula LaLiLo adalah:
1-Tukar template baru untuk website LaLiLo?
2-Habiskan kain-kain yang ada untuk Cloth Pad
3-Buat ready stock untuk Apron etc
4-

0 comments:

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea