Friday, November 15, 2013

Plan Rumah

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 1:14 AM

Plan penambahan rumah dah siap tinggal nak submit ke Majlis Batu Pahat untuk kelulusan. Takda apa pengubahsuaian pada struktur asal cuma penambahan bumbung depan yang akan ditarik sehingga kedepan pagar, penambahan bumbung berserta balkoni di sisi rumah dan sambungan dibelakang. Tengok plan langsung takda 'keterujaan' sebab hanya basic sketch kan, kalau  orang teknikal dia faham la tengok ni kan..huhu! Untuk kita yang tak berapa nak teknikal ni apa yang kita lebih suka tengok adalah plan 3D - ilustrasi maya rupabentuk yang bakal dibuat ..hahah!

Merangkap 'designer' yang tak bertauliah ni haha, saya dah rambang dah sekejap nak buat pattern macam ni, sekejap nak buat pattern macam itu. Boss saya ikut aje sebab memang sejak dari awal renovation fasa 1 saya je yang banyak buat pemilihan, boss tukar bayor..hehhe! 

Pelukis tu kata, takpa ni cuma lukisan asas macam mana rupanya yang nak ditambah itu. Tentang corak batu, kayu lagu mana, nak terkeluar ka, nak timbul ka, nak tenggelam kan boleh decide masa kerja-kerja membuat tiang, beamed bagai..aduhh, cuak lah sebab takut tak seperti yang digambarkan..huhu!

Jiran sebelah baru je pindah masuk seminggu yang lepas. Ada lah geng jiran melayu kat taman ni sebab sederet rumah ni cuma kami je keluarga melayu. Dah siap pasang gazebo, murah juga katanya dalam RM1600 gitu sebiji..ala lupa lah exact amount. Azri sibuk kata, kenapa kita tak buat macam tu ibu? Sabarlah sayang, tunggu kita habis renovate dulu baru last sekali kita buat sebiji..

Saya plan untuk buat 2 biji tempat parking kereta di area tapak gazebo tu nanti sebab nak ruang depan rumah lapang takda kereta menghalang sebab semua dah park tepi. Sebelah 2 biji parking nanti baru buat sebiji gazebo combine sekali dengan garaj parking tu.huhu! Ada ruang lagi untuk lanskap mini di bahagian tepi rumah pula. *berangan*

Bila nak start ni, encik boss sibuk pula dengan kerja kat site sekitar Johor...Semoga dipermudahkan segala urusan...

2 comments:

naz affendi said...

Kak, kat mane nak cari gazebo mcm tu? harga mcm ok. susah nak cari kat melaka ni.

Hayatie Hashim said...

naz: sorry harga sebenarnya RM3k..silap dengar ..huhu!

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea