Monday, November 25, 2013

Jalan-Jalan @Kuala Lumpur International Motor Show 2013

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 4:00 AM
Ini pertama kali saya mengunjungi KLIMS 2013, selalu baca kat berita TV je kan. Kebetulan dapat tiket percuma dari kakak ipar saya. Kalau tak harga tiket RM20 dewasa, RM5 kanak-kanak. Kalau tak, tak sampai juga..huhu! Rupanya KLIMS ni dianjurkan setiap 3 tahun sekali sahaja...

Parking penuh kat PWTC, kena parking dekat parking bertingkat Hentian Putra. Nasib baik kami kecek punya kecek dengan aci jaga pintu masuk PWTC tu, alasan kesian budak-budak nak jalan jauh. Mula-mula di berkeras juga tak bagi masuk atas alasan penuh. Kami kata, dah ada kereta keluar-keluar ni takkan takda kosong, last-last dia akur juga bagi can kami masuk..huhu! kalau tak memang balik je la terus sebab malas ar nak menapakk..huhu!

Saje lah kan nak cuci mata, sambil-sambil survey kereta family ke-3 eh? hahah *berangan*... Jom layan pic sempat di tangkap..



Yang ni semua kereta-kereta konsep je, tak buka lagi untuk jualan..

Bukan takat jual kereta je, kedai-kedai jual aksesori kereta pun banyak disitu, antaranya tertarik pula dengan konsep 'Wrap' kereta dengan sticker ni. First time dengar ni..

Warna oren kereta Range Rover Evoque ni rupanya adalah sticker semata. Smart kan? Tak perlu cat, dia lekat sticker satu kereta.

Ni baru lepas demo tampal sticker tu kat kereta ni.

Ni contoh sticker yang dalam proses dipasang. Belum kasi finishing lagi. Encik boss dah berangan nak buat kat kereta dia. Sebab memang plan nak cat baru pun sebab cat lama dah kusam..huhu!

Jenis sticker berkualiti juga dari 3M.  Ada macam-macam warna. Nak tahu kos kalau kereta kami? Dalam RM4-5k...prffffffffffffengsan ok! Ingat lagi murah dari cat. Bila ditanya sticker ni tahan berapa lama, in terms of fading, etc. Lebih kurang 4 tahun je. Warranty setahun (untuk bubbles etc) Kalau ada scratch skit-skit, nak tampal baru kaler ada skit off la.  Ok takpa lah, baik cat je!

 
Tertarik dengan kanopi ni, siap boleh tidur 2-3 orang kat atas tu. Kalau ada aktiviti picnic satu family mesti seronok kan especially budak-budak la..Tapi bila fikir soal keselamatan terus tak jadi lah. Nak overnight kat luar gini takut kena samun je..huhu!



Dah lama tak ber'babywearing' hari tu kena pakai Soft Structured Carrier (SSC) semula sebab orang ramai susah lak izzet nak jalan pastu tak nampak apa kat celah-celah orang..

2 comments:

Emmy said...

Larat lagi yatie carry kot depan =D ...

Hayatie Hashim said...

Emmy; lenguh gak lah..huhu belakang nampak spare tyre terlebih plak tertekan kat belt...malu hehhe

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea