Thursday, November 14, 2013

Idea Deko: Lampu hiasan atau Meja console?

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 12:57 AM
Argh tak suke-suke, when its come this feeling of 'what-where-which' huhu.

Sebenarnya saya dalam mood masih mencari aksesori apa yang sesuai untuk frame Lukisan Kaligrafi Asmaul Husna yang saya tempah dulu. What i have in mind is either floor or table lamp in giant vase or console table set. Tapi semuanya kena tunggu bila lukisan tu dah siap digantungkan dulu untuk tengok kesesuaian. The prob is lukisan tu masih lagi kat showroom LK, kalau takda aral weekend ni baru nak gi angkut balik BP..


At the moment ruang untuk letak lukisan tu dah ada LED wall lamp 3 ketul tapi tak tahu lah sama ada ianya cukup untuk cover lukisan yang sebesar 6.6kaki lebar x 5.5kaki tinggi tu..huhu. Sebab tu saya plan untuk letak aksesori table/floor lamp untuk support pengcahayaan kat ruang tu.

Antara jenis-jenis lampu yang saya dah bayangkan adalah lebih kurang macam ini:

Lebih kurang macam ni lah gayanya, warm light, white shades tapi nak pasunya lagi besar sedikit sebab saya nak letak atas lantai. Saya ada jumpa satu lampu camni kat Batu Pahat ni, shade putih dengan giant vase warna dark chocolate. Rasa seketul pun dah cukup kot untuk letak kat sisi frame nanti. Saya rasa simple floor/table lamp pun dah cukup untuk matchkan dengan frame hitam lukisan tu. Kalau extravanganza sangat macam dah outshine painting dibelakang.


Yang ni pun ok juga kan, unik skit. Tapi kalau kecik sangat tak sesuai taruk kat lantai..huhu


Hah, macam ni lah bentuk pasu untuk lampu yang saya nak, tapi besar. Simple silver or dark finish. Yang pasti mesti nak sebesar tempayan tu kalau boleh, hahah!



Idea kedua, adalah dengan letak meja console dibawahnya. Sekarang ni meja console bercermin ni memang tengah trend ek.

 Saya pertama kali ternampak meja ni dalam Instagram Millionairesisters tu. Siap screenshot lagi dok simpan untuk rujukan. Tapi masa tu tak tahu kat mana ada jual. Lepas tu, masa blogwalking kat blog kaki deko AtyNana, dah terjawab sudah persoalan saya, hehe!

Beberapa hari yang lepas, ternampak kat satu kedai Perabot Morr, Jalan Kluang, Batu Pahat ada jual meja console yang sejibik macam ni. Tapi bentu dia lain skit lah. Ada 3 jenis design kat kedai tu.

Jenis yang macam V shape gini..

Jenis separa bulat gini..tapi yang ni rendah skit. Tapi macam ok juga bila imagine letak table lamp atas tu dua biji..acaner? haha!

Dan yang bulat gini. Tapi mata macam dah tertangkap yang ini. Frame dah 4 segi, oklah bawahnya ada bulat skit. Harga ada mahal skit lah compare dekat KL, lepas kecek boleh dapat RM1300..huhu. Harga sama untuk semua design.

Ada banyak lagi design meja console cermin cantik-cantik tapi dalam katalog dia. Yang paling tak tahan, ada macam-macam bentuk cermin dinding. Kalau nak kena order la. Tapi semua ni selepas tunggu lukisan itu selamat disangkutkan dulu..huhu! Baru boleh cerita projek deko seterusnya. 

Lepas dah siap digantungkan, baru saya boleh decide aksesori yang sesuai di ruang itu sama ada meja console atau set lampu atau kedua-duanya, meja dan lampu sekali, uihh tamaknya...hehe! 

#This prolonged waiting is killing me, arghhhh!

11 comments:

Aty_Fared said...

boleh tak u share nama kedai or address yg jual bnyk cermin tu..?? i ngah carik cermin yg boleh letak kat sudut i nak tu...kat ssf tak banyak pilihan saiz..bnyk cantik2 tapi tak ley letak kat tmpat i nak letak tu sebab ade suis lampu kipas...huwaaaaaa.... jadi kene carik yang kurus sikit...kalau batu pahat tu i balik kampung mertua johor ley singgah sekali... :) -kalau u tak kisah lah.. :) u reply kat sini pon tak ape..i dah notify ke email i... :)

Hayatie Hashim said...

Aty: Kedai Perabot Morr living ni tel kedai 074337877 Jalan Kluang batu pahat.. sederet dgn BP Mall ..ada byk cermin2 dlm katalog la tapi

Iela Fazielah said...

mmg cantik la kak...tp tulah... sbb dia cermin dan stainless steel...akak kena rajin lap dgn pencuci cermin tau... cepat berdebu n nampak ketara... kalau xselalu lap nnt nmpk kusam n xmenarik

Hayatie Hashim said...

Iela: memang pun..sedang merasa sekarang ni huhu..kan banyak perabot akak berunsur kaca memang asyik comot dengan cop tangan budak2 ni

~ NANA ~ said...

Kak..i tgh ada kat batu pahat ni, rumah mertua..bp mall tu dkt sgt la dgn rumah..tq share! Esok2 kalau sempat nk pegi jenguk..hihi

Hayatie Hashim said...

Nana: ..rumah mertua kat mana? Hihi dekat dah tu..leh singgah ke parit besar ;)

norlina jusoh said...

ina pun sebab berkenan tengok kat blog aty trus carik gak meja konsol cam g2.. yang ina booking tu sama cam kat dalam gambar screenshoot tu.. kat kelantan xbanyak choice dan rege mahal.. lepas tawar menawar dapat dengan rege 2k.. melampau lak rasa regenya... :-(

noraliza musa said...

Salam kak.. LED wall lamp tu ade jual kt kedai lampu @ akk tempah?

noraliza musa said...

Salam kak.. LED wall lamp tu ade jual kt kedai lampu @ akk tempah?

noraliza musa said...

Salam kak.. LED wall lamp tu ade jual kt kedai lampu @ akk tempah?

Hayatie Hashim said...

Noraliza: lampu tu beli dah siap je kat kedai lampu di puchong

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea