Tuesday, November 12, 2013

Hobi sebagai sumber pendapatan?

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 1:26 AM
Saya termotivasi sebenarnya dalam salah satu artikel sewaktu menyelak helaian di surat khabar. Saya dah punya bisnes sampingan kecil-kecilan tapi terhenti sewaktu saya berpindah mengikut suami ke Batu Pahat. Kemudian sibuk dengan perubahan rutin harian, azri dah mula bersekolah dan urusan berpindah ke rumah baru.

Alhamdulillah, setelah semuanya sudah kembali stabil saya telah mula menyambung kembali hobi saya yang telah terhenti selama setahun ini. Sebetulnya saya minat menjahit tapi hanya sekadar menjahit untuk kegunaan sendiri dan keluarga sahaja. Adapun sekali-sekala membuat tempahan dari rakan-rakan terdekat.

Jadi saya fikir, adalah lebih baik saya menjahit sesuatu yang boleh jual kembali daripada menjahit secara suka-suka dan kerana itu lahirlah LaLiLo. Sejujurnya saya masih tidak menetapkan satu kewajiban untuk menjahit, tetapi sekadar menjahit bila ada waktu lapang sahaja kerana priority utama saya adalah keluarga dahulu.

Sebab itu saya tak terima lagi tempahan khas kerana saya hanya nak menjahit sesuatu yang saya suka sahaja, upload ke laman web bila dah siap dan jual.  Dengan itu saya tidak terbeban lagi dengan jumlah tempahan yang perlu saya siapkan.

Walaupun masa menjahit diwaktu lapang, saya akan cuba pastikan untuk terus konsisten untuk menjahit pelbagai aksesori jahitan yang saya hendak buat, insyallah! Itu adalah diantara misi jangka pendek saya..

Its a win-win situation bagi saya, sekurang-kurangnya hobi saya boleh generate sedikit income yang akhirnya memberi lebih kepuasan pada saya. Walaupun nilai yang digenerate itu tidaklah seberapa (duit elaun dari boss saya lagi banyak, heheh!) tapi kepuasan menjahit yang dinikmati itu lebih bermakna.. :)

Jadi, sesiapa yang ada hobi yang boleh dikomersilkan tu, jangan bertangguh! Grab your tools and do it now, with lots of passion, Insyallah all the best! :)

6 comments:

cik hani said...

yeahhh..betul tu kak. saya jual bunga tangan dah corsage pun sebab suka-suka tapi menjadi pendapatan.side income gitu..

Azrina said...

setuju !! dan inspired.. :)

Hayatie Hashim said...

cik hani & azrina: mari2..luaskan kuasamu ..eh?hahaha

Ayu Rashid said...

Bestnya pandai menjahit. Buat apa yg kita minat mmg puas kan...

Rozy said...

Alhamdulillah.. hobi saya mmg generate income yg OK jugaklaa.. dan syukur asben pun dah join sekaki dalam bisnes saya :)

Hayatie Hashim said...

Ayu: ikut minat masing2.. ;)

Rozy; masyuk2.. seronok la hasben pun join sekali.. yg penting minat kan ;)

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea