Sunday, November 3, 2013

Grand Ihtifal Little Caliphs Batu Pahat 2013

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 7:22 PM
Hari ahad semalam adalah majlis Grand Ihtifal tadika Azri atau konvokesyen yang diadakan di Dewan Orang Ramai Parit Raja, Batu Pahat. Pejam celik dah nak habis sesi pra-persekolahan Azri di Little Caliphs. Tamat sudah sesi pembelajaran KG1 Little Caliphs di Tadika Khalifah Gemilang Taman Bukit Pasir, Batu Pahat.

Seawal pagi dah kena bangun untuk bersiap sedia ke majlis graduasi tu. Izzet pun kena kerah bangun jugak. 

Halfway majlis izzet dah zzZZZzz dulu, ngantuk la sesubuh sapii' dah kena bangun kan.

Sebelum majlis penyampaian hadiah kena tengok persembahan dari budak-budak ni dulu. Ada persembahan khas dari anak-anak tahfiz dari Majlis Tahfiz Darul Takzim.

Azri pun kena buat persembahan juga. Tu dia kena jadi pokok hijau, hehe! Patutlah hari sebelumnya dia ada kata, kat school ada buat persembahan, farish kena jadi katak. Lepas tu saya tanya azri kena jadi apa. Dia jawab kena jadi pokok je dengan nada boring, haha!


 Lepas habis majlis, azri cakap dia tak dapat pun hadiah beg tu. Kesian pulak saya dengar. Memang time tu ada Anugerah khalifah cemerlang dalam setiap subjek, khalifah terbaik la dan macam-macam kategori lagi. Dapat trofi, dapat beg etc..

Masa time ni rasa macam menyesal tak ajar azri betul-betul hmmm tapi kalau kita nak ajar anak-anak dalam keadaan terpaksa pun for what kan. Biarkan dia sendiri yang nak dari kita yang buat perintah jepun ke, huhu!

Lagi satu sebab dia banyak sangat tak datang sekolah, sebab tu juga dia banyak tertinggal. Assessment kedua kali ni pun dia takdapat habiskan sebab banyak kali tak datang. :(

Kejutkan dia setiap pagi untuk ke sekolah adalah macam satu 'nightmare' untuk dia. Adakah itu satu cabaran bagi anak-anak yang tak pernah duduk ditempat lain selain dari rumah? Sebab mostly saya tengok bagi anak-anak yang dah biasa duduk nursery sewaktu mak-bapak bekerja memang takda masalah untuk kejutkan anak bangun untuk sekolah...

Ok time cuti sekolah nanti saya nak review semula prestasi azri dalam subjek-subjek dia, chewahh! Haih, memang tak boleh tak buat ni sebab saya nak prepare kan dia juga untuk ujian kelayakan untuk masuk darjah 1 Sek Agama Bersepadu (SRAB) Batu Pahat pertengahan tahun depan.




2 comments:

cik hani said...

takpe azri.. nanti tingkatkan lagi prestasi

Yaati Nor said...

macam zahra dulu ada 1 masa susah juga bangun teacher little..ada bagu 1 buku..untuk ibu bapa baca..buku cerita mcmn nak bgn tido gi sekolah..klu baca sblm tido inshaallah xde masalah..heheh

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea