Friday, November 29, 2013

Cara buat Bias Tape

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 4:34 AM
Pertama kali buat bias tape ni, selalukan saya guna yang dah siap tu. Tapi kebanyak yang jual tu plain je kalau kita nak customize ikut corak sendiri kena lah buat sendiri and start from scratch. Ingatkan buat dia senang je, potong kain lurus je pastu iron kelepet kiri kanan.

Rupa-rupanya kain dia kena potong berbucu macam dalam gambar ni. Dia tak boleh potong lurus panjang-panjang kalau tak dia jadi melengkung dah berkedut bila kita nak sambung kat tempat yang kita nak letak bias tape. Sebab tu dipanggil 'bias' sebab ianya dipotong mengikut sudut.

Saya malas nak tunjuk satu-satu pic. Korang boleh tengok kat tutorial penuh dia kat sini:

Lepas tu buat garisan lurus satu2 gini ikutlah berapa lebar tape yg kita nak..yg ni saya buat 2inci...Lepas tu potong satu2 dan jahit sambungan sudut tu. Dalam tutorial tu dia ada ajar satu kali jahit lurus kat sambungan tu lepas tu potong je ikut garisan. Tapi saya tak faham sangat..sudahnya satu potong satu2 dan jahit satu2 kat hujung sambung tu jadi renyah la tapi sib baik sikit je sbb tape yg saya nak pakai taak berapa panjang sangat.

Dah siap jahit kena kelepet macam ni dan iron.

Dah siap lilitkan kat tempat keras ke untuk kekalkan bentuk yg dah diironkan tu.

#Projek apa saya buat dengan bias tape ni adalah dientri yang seterusnya..heheh

0 comments:

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea