Monday, November 18, 2013

Bilik Serbaguna merangkap ruang kerja 'SoHo'

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 5:10 AM
Lama dah snap gambar bilik ni tapi tak sempat upload, sampai dah bersepah balik, haha! Standard lah, gambar time kemas je nak show off dalam blog, hahah! Time tak kemas, prfffengsan!
Kali ni nak share apa yang ada dalam bilik ke-4 iaitu dibilik bawah.

Jom layan pics....

Bilik ni saya rasa yang paling kecil sedikit diantara 4 bilik yang ada dalam rumah ni. Bilik ni saya panggil bilik serbaguna sebab kat sini saya buat ruang menjahit saya, tempat untuk tetamu tumpang solat, tempat saya bersantai dan solat sekali sebab malas nak turun naik atas kan.

Suka sangat dengan desk combination Expedit ni sebab ruang meja dia lebar selesa nak buat kerja-kerja menjahit saya atas ni.

 Ruang kat shelf tu macam luas sangat sebab barang-barang jahit saya pun tak berapa banyak kang, rasa macam 'terkonteng-konteng' je dalam drawer tu, haha! Banyak lagi ruang kat shel ni masih tak disusun atur dengan kemas-kemas lagi, asal boleh je lah. Belum datang 'aura' nak menyusun lagi..haha!



Bilik bawa ni takda bilik air sekali macam bilik-bilik kat atas sebab lokasinya dah dekat dengan dapur rumah. Sengaja saya letak sofabed untuk duduk-duduk jika ada tetamu yang menumpang nak solat, tukar lampin anak ke, etc!

Atau lepas penat-penat buat kerja rumah atau menjahit saya selalu baring-barang sekejap kat sofa bed ni, hihi! Macam biasa warna pilihan memang warna gelap kebetulan memang satu warna je sofa ni. 

Ni salah satu sebab utama. Nampak hasil 'picaso' kat situ..huhu! Kalau sofa ni cerah, mau menangis saya, sobs!

Sofabed ni boleh recline all position, kiri dan kanan, nak buat gini ke,  U-shape ke. Jenis fabrik brush-suede. Ala-ala macam comot je nampak kan, tapi sedap tidur. Kalau beli kulit tak selesa kalau buat baring sebab mesti kulit berpeluh. Contohnya macam sofa  ruang tamu lah, sebab sofa tu kan kulit kalau baring lama skit mesti berpeluh, huhu!

Dah juga merangkap tempat sidai baju-baju lembab yang tak sempat kering kat luar, atau time hujan, huhu! Kalau musim hujan sokmo je, memang berderet baju tersangkut kat ampaian tu semua, hihi! Kalau takda baju, memang tempat gantung cardigan dan ekspres. Kalau ada orang datang terus sauk je cardi n tudung kat bilik ni. Maklumlah  kat rumah aii free sana sini..hahah!



12 comments:

Ayu Rashid said...

Ala-ala sofa ayu la.. nmpk comot. Padahal bersih. Nyesal pilih kain ala2 mcm tu.. nak re-upholstery semula pun 700 lagi. Ada kene sekeh kepala ngan laki sbb baru reupholstery lepas raya puasa lepas. Tp mmg nmpk x cantik sobbb sobbbbbb

~ NANA ~ said...

I berkenan sgt meja ikea tu tp kalau beli ntah nk letak kt mne n buat apa..hihi

Cik Puan Rara said...

tapi sy tertariik dgn apron tu.hehehe

Cik Puan Tqah said...

cm best je sofa bed tu..hehhee

Hayatie Hashim said...

Ayu; akak suke. :D

Nana; boleh buat book shelf dan tempat letak laptop n printer kat meja tu..

Cik puan rara; sy buat apron bebudak..byk lagi lat lalilo.com.my . ;)

Cik puan tqah; memang best ..:D

Miss N said...

luas la bilik ni.. bestnye.
berkenan ngn sofa bed tu.. beli kt mana sis?

Hayatie Hashim said...

Miss N: beli kat kedai perabot biasa batu pahat je.. ;)

Azrina said...

sofa bed looks so comfy ! best nyer..musim2 hujan ni..batu pahat di kedai mana? mak mertua org sana..mak sy tukang jahit juga. tp potong kain kat lantai je..mungkin klu tunjuk meja + rak sis tu dia iinterested ..

Hayatie Hashim said...

Azrina ..Sofa bed tu beli kat kph furniture batu pahat. .yg rak dan meja tu beli ikea expedit desk combination. Tapi meja tu klu stakat potong kain kecik ok lah..klu besar mmg kena buat kat lantai juga..huhu

MamaDaniel said...

bestnya bilik jahit dia.. ada ekon lagi.. :D

Azrina said...

ooo..tq sis..balik bp, sy leh g usha2 :) kain utk wat baju besor...tak sesuaila kot huhu...

Fizah said...

meja sama. tp kita punya cavenzi mari. hihi. sofa bed pun ada gak kaler cerah..dah selamat berpicaso...;}

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea