Wednesday, November 27, 2013

Aktiviti cuti sekolah: Buat kerja rumah

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 11:21 PM
Hari tu tolong cuci laman depan rumah kan. Kali ni tolong kopek ikan bilis dan tumbuk cili berjemaah..hehe! Bagus mak manfaatkan cuti sekolah dengan kerja rumah je, anak suka ibu setuju..

Ikan bilis ni besar2 senang skit nak kopek. Kopek sambil tengok tv..

Siap tumbuk cili merah tu, ko boleh? Diorang memang meroyam nak pegang lesung batu ni. Saya dah kata, cili ni kalau masuk mata pedih. Azri jawab ala takpa, kalai dia nak masul nanti ahmad azri tutuplah mata nanti. Hmm yo lah! Poie tumbuk! Lepas dia..adik dia. Sampai last sekali masuk jiga mata terus menjerit azri..time adik dia punya turn tumbuk. Terus berkubang dalam bilik air..tahan je dia konon lah nak cover tak pedih sangat!

Anak2 sekarang takleh kasi manja sangat, kadang2 kita kena latih, suruh, arahkan dia untuk buat kerja2 rumah yang simple. Saya memang strict bab2 ni, sebagai contoh pinggan n cawan yg digunakan letak dalam sinki, baju kotor letak terus dalam mesin atau bakul baju kotor, nampak sampah kat lantai terus kutip buang tong sampah, kemas mainan lepas main dan macam2 lagi. Kena jadi macam anak2 zaman dulu semula, semua kena buat.  Kalau tak buat siap ko menyinga mak bapak..huhu


1 comments:

rostina76 said...

salam yatie….hahaha!!!!!bagusnye ada pembantu cilik. yg tumbuk sambal tu paling tak tahan tu. btw kesian plak bila dah msk mata tu, sure tobat xnak tumbuk sambal dah pasni. heheh

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea