Tuesday, October 29, 2013

Tablet PC: HP Envy X2

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 2:48 AM
Welcome aboard to our new family member Mr HP Envy X2 :) 
Apalagi, akak tukar laptop ler. Dah boss offer nak tukar baru, dua tapak tangan akak tadahkan, hehe! Sebab yang lama tu nak diwakafkan, *sobs! So pemilihan kali ni ada jenis tablet pc sahaja yer..

Lama gak sesi memilih di Low Yat, sampai naik pening. Masa tu tengah fikir-fikir diantara Samsung Smart Ativ PC, Acer Convertible dan HP Envy X2 ni lah. Dari segi performance memang Acer paling ok sebab yang lain-lain guna Atom je. Arghh akak tak reti lah specs2, asal on leh surf internet sudahh! 





Nak Acer tapi keyboard dia takda mouse pad, malas nak guna external mouse kalau dah docking dengan keyboard. So tinggal HP dan Samsung, Samsung ni ada S-pen tapi pikir ala kalau s-pen baik akak guna Note2 lama ni je hah tak selalu pun pakai. Last-last amik HP lah, body pun lawa skit, haha! Fully aluminium body, shine bright like a diamond lagi! Dasar wanita sungguh pilih cantik berbanding specs..hahah!


Ala oklah, specnya walau Intel Atom je tapi lebih laju lah dalam Netbook lama saya. Plus tukang jurujual kata in terms of battery life, HP paling lama. Dah sebulan pakai ni, memang betul bateri dia sangat tahan. Untuk penggunaan saya setakat ini, lebih kurang seminggu sekali je saya cas. Kalau saya guna lebih skit tahan dalam 3 hari la. Kalau netbook lama, satu hari je kong! Tak tahu lah selepas beberapa tahun kan..hehe!

 Lepas tu yang penting lagi, slim taknak bulky sangatt..hehe! Senang nak bawa jalan-jalan kita cabut kepalanya saje.

Kat rumah boleh docking dengan keyboard macam laptop juga.

Kalau compare dengan netbook lama, HP Envy ni lagi nipis tapi lebar skit dari Asus. Bye-bye Mr. Asus yang dah pun selamat diwakafkan kat sedara...huhu! Sedih plak, banyak kenangan netbook tu....

1 comments:

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea