Saturday, October 26, 2013

Singgah ke Studio LK

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 6:58 AM
Saya dah boleh masuk kategori peminat setia Lukisan Kaligrafi nih, :P
Ni semua cerita minggu lepas sewaktu balik rumah mak saya di Kajang. Lepas terjah Homedec, semasa bertolak balik ke Batu Pahat saya singgah dulu ke Studio LK di Puchong Prima untuk ambil lukisan kaligrafi Asmaul Husna yang saya dah tempah dari sebelum Raya Aidiladha lagi.



Dah siap, tinggal nak bawa balik je. Saya teruja sangat sebab ini design Asmaul husna ini adalah idea asal saya dan apa yang saya imagine kat mula-mula dapat juga direalisasikan oleh pihak LK. Saya memang nak stail blok-blok kecil untuk nama-nama Allah tu so ada total 105 ketul kotak tu termasuk ayat-ayatnya. Kemudian disusun dalam satu frame besar. So adalah effek 3D sedikit..hehe!

 Lukisan ni saya memang nak self pickup naik kereta boss je kat Studio LK sebab kalau kurier jadi banyak lak chargesnya. Awal-awal kak zai, owner dan pelukis LK dah bagitahu yang lukisan ni dia dah ukur memang tak muat dalam pickup Storm dia. Tapi boss saya kata, boleh-boleh huhu!

 Nampak dalam gambar macam kecik je kan. Wait till you see the picture below, hehe!


Lukisan dah nak sama tinggi dengan saya. Saiz 5 kaki setengah tinggi x 6kaki sekaki lebar. Mana taknya saiz ini adalah saya yang saya kehendaki untuk ruang yang saya nak letak tu. Kak zai pun lagi rendah dari lukisan yang dia lukis, hihi! :P




Di samping tu saya dapat juga hadiah sebuah lagi lukisan kaligrafi yang saya  menangi dari contest yang dianjurkan oleh pihak bulan lepas, alhamdulillah. Hasil dari entri pasal LK yang saya buat dulu. Bertambah lagi satu frame lukisan kaligrafi, terima kasih daun keladi untuk pihak LK. Tengah fikir-fikir ruang mana nak letak frame warna merah...ngeee! :)

Tapi frustnya dah datang ke Studio LK tapi saya masih tak dapat bawa balik Lukisan Kaligrafi Asmaul Husna saya tu sebab tak muat juga rupanya dalam pickup encik boss, :( huhu! so kena tunggu lori encik boss bila dah free kat site untuk ambil lukisan ni kat studio LK lagi sekali.


hehe, lukisan tak dapat ambil lagi, kita ambil gambar je lah dengan kak zai pelukis kaligrafi yang kreatif ni. :)

Dekorasi bersama frame ini kenalah tunggu sampai frame ini selamat dibawa balik ke Batu Pahat..huhu. *Tak sabarnya tuan tanah ni hah...



4 comments:

Aty_Fared said...

Wwoooowwww mmng cantik dan out standing...!!

rostina76 said...

wah!!!!cantiknyeee. mmg admire colornya yg striking & colorful

Hayatie Hashim said...

Aty_Fared Kak ros: Tq dear ... tak sabar nak mendeko lak ni.. :P

naz affendi said...

kak brape eh harga tempahan asma ulhusna tu?

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea