Wednesday, October 23, 2013

Sepetang di HOMEDEC 2013

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 12:51 AM
Akhirnya dapat juga saya terjah ke HOMEDEC pada weekend yang lepas. Antara ekspo pengubahsuaian rumah yang 'femes-emes' diperkatakan. Selalu kalau saya survey kat forum mesti rata-rata dapat good bargain dari ekspo HOMEDEC ni. Untuk membuktikannya, sempat juga saya ajak encik boss ke situ pada hari sabtu yang lepas, hehe!
                                   
Ekspo HOMEDEC ini terdapat 2 part, yang saya sempat terjah ini Part 1 - Design & Renovate lebih fokus kepada kerja-kerja fasa awal pengubahsuaian rumah. Macam pintu, grill, Kitchen Cabinet (KC), home renovation design dan lanskap. Memandangkan kitorang bakal memulakan fasa kedua renovasi tu yang saya ambil peluang ini untuk cari ilham dan contact2 yang berkenaan untuk quotation nanti.

Sangat banyak Hall dalam ekspo ni rupanya, ini baru part 1, lenguh gak kaki berjalan, jom layan gambar.

Booth pasal KC, built-in wardrobe, cabinets dan interior design saaaanggggattt lah banyak pilihan ok! Sampai naik pening gak nak pilih. Mujur saya dah beli set hud & hob tempohari so takda lah ambil port lagi. Nasib baik harga pun lebih kurang je. Pakej untuk KC pun sangattt lah menggiurkan, design macam2. 

Nasib baik (lagii hehe) saya belum nak fikir pasal design KC lagi tunggu sampai siap renovate dulu baru cari. Menjelang tempoh tu silap-silap dah lepas 2-3 ekspo HOMEDEC dan lain-lain ni. Sebab dijangka siap renovate pun sebelum raya tahun depan la..



Saya memang sangat tertarik dari dulu lagi dengan panel kayu ala inggeris ni. Kalau boleh nak buat juga la-la ni juga. Tapi sebab saya takut saya rushing, salah pilih dan design tak kena bla bla, so saya hold je dulu..takpelah, next time aje. Biar lambat janji masih boleh buat juga kendian. Kalau dah buat sekali tak berkenan dah tak boleh ubah lagi kan, huhu!

Lepas tu saya survey juga booth pasal pintu, aluminium dan kaca. Saya memang dah berangan nak buat pintu sliding kaca macam ni kat tempat tingkap & pintu dapur lama (pic kecil) bila dah pecahkan batu nanti. Saya memang suka 'close-concept' untuk bahagian dapur ni. Sebab utama, 'bau' dapur kurang lah nak masuk kedalam, anak-anak takleh keluar masuk masa saya masak. Sebab saya memang rimas kalau diorang masuk dapur nak ambil itu ini. *Grrrr*



Tak tahu lah kenapa saya suka dengan teknik ini pada tembok pagar. Yang dipanggil Expocy Stone Coating atau 'Peeble Wash' / Peeble Stone. Dia kira ikut per square feet, harga macam dalam pic. Kitorang plan nak guna peeble wash ni untuk design tembok batu keliling rumah nanti. Batu dia ada macam-macam warna dari gelap hinggalah ke cerah. 


Selain kat tembok-tembok atau dinding boleh juga dibuat kat lantai. Ini contoh lantai dalam bilik air yang diorang buat. Kalau ada tiles lama yang dah tak cantik, tak payah ketuk pecah bagai dah. Dia cuma lepa atas tiles tu guna expocy gum, gam khas dia tu la. Sebab tu ada nampak kesan tiles lama. Cantikkan? Encik boss pun tertarik nak buat kat bilik air sebab tiles asal bilik air tu tak lawa sangat. Dia quot harga RM3ribu lebih kurang untuk 4 biji bilik air rumah kami. Okeh leh masuk wish list nih..hehe!

 Lanskap pun ada. Tapi kami tak survey sangat lah. Just tengok-tengok gitu je. Yang ni fasa paling terakhir sekali lah baru fikir. Cantik-cantik, ada besar, ada kecik..memang rambang. Yang paling penting, bila dah nak buat baru tunggu time ekspo lah...


 Pintu pagar pun kami survey sebab memang nak tukar pintu pagar baru juga lepas buat tembok nanti. Sekali lagi trend pagar aluminium dan stainless steel menjadi tarikan saya buat masa ni. Macam-macam corak moden.

 Ini pagar yang saya dah aim untuk rumah kami. Unigate trackless sytem, fuh bunyi cam canggih kan? Duitnya pun canggih yopppp, huhu! Selalu saya survey kat website dia je. Kali ni berpeluang untuk tengok dekat2 lagi sambil ambil quotation sekali.

Pagar ni tak pakai track means takda lah roller track panjang panjang merentas pagar tu macam conventional pagar yang lain. Pastu ada LED Panel kat tepi kiri dan kanan pagar. Bila time malam memang nampak cool lah..huhu

LED panel ni optional, tak pun boleh. Ni corak-corak yang ada untuk LED panel. Disebabkan lebar pagar rumah kami ni memang besar, 20 kaki lebar pagar lama. So bernanah juga bajet untuk nak dapat pagar ni, huhu. Depa quot RM28,500 lebih kurang untuk size pagar kat rumah kami 6' tinggi x 20' kaki lebar, stainless-steel with LED panel (macam dlm pic atas).

Harga tu memang saya tak terperanjat pun sebab saya dah tahu, hasil baca di forum-forum Home reno. Tapi yang frust sebab depa tak buat installation luar dari lembah klang. Paling jauh pun diorang boleh buat adalah sampai Melaka sahaja :( dan satu lagi penang, tu pun sebab dia ada branch di Penang.

 Patutlah saya tak pernah nampak lagi pagar ni kat area Batu Pahat ni. Kalau nak juga, kena pasang sendiri je. Diorang bagi demo video. Tapi harga tetap sama. What's the point kan? huhu. For me lah, kalau boleh dapat satu potential customer yang confirm nak, setakat BP-KL tu apa lah sangat kosnya kan dari nilai RM28ribu yang diorang konfem terima. Takpela, kita survey lain-lain pagar lagi..atau pun mana tahu kot2 next year ada kat JB ke...haha!

Setakat tu je lah yang sempat kami survey. Minggu ni 24-27 ada part 2 punya lebih fokus pada Furnish & Decorate. Confirm banyak perabot dan aksesori rumah yang best2 dan best buy. Frust tak dapat pi sebab dah balik BP :( siapa yang area KL tu jangan tak terjah tau. Nanti buat laporan yer..hehe!



Dapat juga beli Morgan BBQ grilled ni sebab harga dia murah. Masa saya survey kat kedai elektrik Batu Pahat harga dia RM290..rezeki-rezeki. Nasib baik tak beli lagi..ngee! *Big grin*


5 comments:

~ NANA ~ said...

kak pagar yg nama canggih tu lawanyaaaa! tempting betol

Hayatie Hashim said...

Nana: kannn..huhu! Sebab ada LED Panel tu...tu yang cantik..

puansazusarin said...

Mmg cantik pagar tu...tp mahainya lah @_@

Mohd Ridhwan Md Deros said...

huh macam mengancam jiwa je pagar tuhhh...dan mengancam poket...hahaha

Hayatie Hashim said...

Puan sazusarin & mohd ridhwan : jom kumpul duit ikat perut..huhu..

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea