Sunday, October 20, 2013

Renovasi fasa kedua

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 8:37 AM
Baru dapat salinan pelan rumah dari developer. Sebab encik pelukis pelan tu perlukan pelan asal untuk buat penambahan pada bahagian rumah nanti.  

Antara bahagian rumah yang hendak ditambah dan diubah suai adalah;
Bahagian belakang rumah: yang memang wajibul utk ditambah  selagi tak tambah belakang ni selagi tu kitchen cabinet idaman takleh pasang lagi. *sobs*. Alang extend belakang ni stail bumbung memang nak buat slab terus in future kalau nak extend atas senang. Kalau tak, sementara boleh buat balkoni je ke.

Bahagian tepi rumah. Plan kasar nak tambah balkoni berbumbung kat tingkat atas tu. Nak convert titingkap jadi pintu sliding. Bawah pun nak bubuh cermin keliling. Lepas tu pagar keliling pun nak naik tembok tinggi skit untuk lebih privasi dan sekuriti. Rekabentuknya tak pasti lah cemana sebab kami tak decide lagi. Tunggu orang drawing come out dengan idea mereka dulu.

(Abaikan org2 comel didalam gambar, pic raya ni hehe)
Bahagian depan: yang ni pun nak buat balkoni atas dan buat bumbung sampai depan pagar rumah. Rekabentuk pun belum confirm..masih tercari2 lagi. Gedebak gedebuk fasa mereka bentuk ni pun makan bulan juga ni. Sebab bila nak ubah suai kat luar ni kena fikir dan decide betul2. Tak boleh rushing nanti nyesal sana sini. 

Sebab tu sebelum duduk kitorang fokus renovate dalam dulu skit2. Tu pun ada je lagi nak buat tu ini. Sementara tu bermula lah kembali rutin saya dahulu sebelum nak masuk rumah baru dulu. Sibuk gugel sana gugel sini, selak majalah bagai untuk cari idea dan ilham...


#slow-slow

9 comments:

~ NANA ~ said...

Rumah u besar..syoknya blh tambah mcm2..mesti cantik nnti..tak sabar nk tgk outcome!

puansazusarin said...

Besaqnya umah sis :)

Allene said...

besar rumah.... tp jgn tambah sampai abis tanah,,, tak best... ada tanah cantik...

rostina76 said...

wah!!!bestnye nak extend plak. mesti pasni lagi berseri2 tuan rumah menhias rumah. hehe

Hayatie Hashim said...

Nana & pn sazusarin: tq alhamdulillah.. bajet pun kena besaq ni..huhu

Allene: betul tu..memang nak tinggal tanah kit buat lanskap..hihi

Kak ros: lambat lagi tu..silap2 pertengahan tahun depan baru stat construction..huhu

cik hani said...

tak sabar tunggu hasilnya.hope berjalan lancar.amin

Ayu Rashid said...

Besarnyaaaaaaaa.... area mana ni kak?

alin said...

xsaba ni nak tgk rumah lepas renovate. hihihihi

Hayatie Hashim said...

cik hani: Moga2...tqvm :)

Ayu: Kat Parit Besar, Batu Pahat

alin: Insyallah sebelum raya tahun depan...hihi! :)

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea