Thursday, October 31, 2013

Organizing: Key Case Wallet

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 10:23 PM
Berkurun lama dah wujud benda alah ni. Apa orang panggil? Key holder wallet/Purse? Beg kunci? Arghhh apa-apa lah. Baru sekarang saya nak memanfaatkan penggunaannya. Dulu tak heran sangat, huhu!

Kenapa tiba-tiba saya guna? sebabnya saya himpunkan segala kunci segala pintu untuk satu rumah ni termasuklah kunci bilik-bilik. Ala-ala dah macam master key lah. Yang extra lain-lain tu saya simpan dalam tempat kunci sahaja. Saya memang buat macam ni sebab senang kalau ada apa-apa nanti semua kunci untuk pintu-pintu ada dalam simpanan saya.

Bila takda wallet macam ni, dia jadi segugus kunci yang mana bila saya nak pintu rumah saya kena selak selai-selai. Dan bila nak buka mangga tu jadi serabut sangat bila nak memusingkan kunci tu disebabkan kunci-kunci yang jarang nak guna tu.


 Jadi, bila ada wallet ni, saya simpan semua kunci-kunci yang jarang saya nak guna. Saya cuma keluarkan 2 kunci yang setiap hari kalau keluar masuk rumah saya akan guna. Iaitu kunci mangga pagar dan kunci pintu rumah.


Bila kunci-kunci dah duduk dalam beg ni, secara tak langsung mengurangkan kesan calar terutamanya bila kita campak dalam beg tangan dan berlaga-laga dengan handphone dan sebangainya. Dan takda lagi kejadian kadang-kadang kunci tu punya besi bulat selalu tersangkut-sangkut dengan benang kain dalam beg kan. 

Even kalau jatuh kat lantai atau atas perabot-perabot lain pun akan mengurangkan kesan impaknya kadang-kadang tiles boleh serpih, permukaan meja pun boleh calar, maklumlah segugus kunci tu berat juga kan kalau jatuh..


4 comments:

cik hani said...

betul..guna bag ni kunci tak calarkan screen phone,maklumlah perempuan semua sumbat dalam handbag kan..
lagi satu dia tersusun, nak cari kunci pun senang

amirah said...

senang jugak nak carik kalau camni..

Fizah said...

ni kira master key ek? kemas je duk dlm beg tu :))

Hayatie Hashim said...

Cik hani: kann..nak cari brg kecik2 kena selongkar satu beg..hehe

Amirah: betul3.. ;)

Fizah: lebih kurang la..sbb kunci kat husband cuma ada kunci pintu masuk n pagar dan pintu belakang..dia tak suke byk2..so kita la kena simpan spare ni..yg spare2 lain simpan dlm stor rumah.. ;)

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea