Thursday, October 24, 2013

Masak-masak: Mee Kari sempoi

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 7:47 AM
Pasal lama dah tak buat, sebab sekali-sekala kena masuk blog, hehe! Pencetusnya sebab ada balance kerang rebus dalam fridge. Asyik buat rencah, buat sambal konfem budak tak makan sebab diorang dah jemu makan nasi dan lauk. Tiba-tiba rasa nak buat mee kari. 

On the way balik amik azri dari school terus singgah kedai beli mee dan tauhu. Sekarang ni saya suka guna rempah kari Babas sebab rasa kari dia lagi sedap. Kari ikan ke daging atau ayam memang saya guna rempah kari Babas je. Saya selalu beli yang paket kecil2 je. Senang tak perlu nak simpan2. Guna sepeket untuk sekali buat.. 

 Kejap je buatnya kan macam nak masak kari, tapi sedikit cair lah. Santan pun saya letak  sesudu lebih je. Pastu masuk lah rencah ayam ke fish ball ke. Yang best kalau dapat tauhu yang macam sponge tu, panggil apa ek? Tapi susah nak jumpa yg bumiputera punya..huhu

Tengok anak2 kemain mengadap sorang sepinggan. Nampak sangat ibu dia lama dah tak buat. Habis juga lah sepeket mee kuning tu yang selalu kalau dibuat mee goreng pun 2 hari juga nak dihabiskan sebab goreng separuh2..

#Ruang tamu dah jadi tempat makan diorang sebab nak tengok tv punya pasal huhu

5 comments:

cik hani said...

sedapppp..lama xmakan mee kari.. kena try buat jugak pasni..

wahh..selera nya abang dan adik makan mee kari

Hayatie Hashim said...

Cik hani: buat sendiri puas Makan.. :;)

rostina76 said...

tu dia……sedapnya mengadap mee kari mama buat. cekci betul, heheh cute

Hayatie Hashim said...

k ros: lama dah tak makan mee camtu..tu yang berselero gaknya ...heheh

Iza Fiza said...

sedapnye.lama dah tak masak mee kari.

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea