Friday, October 25, 2013

Harga set kunci kereta baru Perodua Alza

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 6:31 AM
Hahhh, alkisahnya....
Kunci kereta saya hilang lebih kurang awal bulan ni. Tak tahu kemana ghaibnya lah kunci itu. Kehilangan kunci yang hanya disedari keesokan tengaharinya masa nak keluar ambil azri di sekolah.
Cari pusing-pusing satu rumah kunci tak jumpa. Dalam tempat mainan, bekas mainan, bilik mainan you name it, puas dah cari.

Nak kata hilang kat luar tapi dah sampai rumah. Selalunya budak2 ni suka juga main-main kunci yang saya letak kat tempat kunci tu. Kalau abang dia ingat kalau dia ambil. Saya takut si adik ni yang ambil lepas tu tah mana terselit gaknya. Silap2 dah terbuang ke apa yang saya tak perasan.

Lepas 2 hari terus mintak kawan pos kan kunci spare yang ada dirumah mak saya dikajang. Empat hari juga patah kaki sebab takleh keluar beli barang bila encik boss takda. Kebetulan pos hari jumaat, hari isnin lah sampainya...


Dah dapat kunci spare saya terus gi Perodua untuk tempah satu lagi kunci baru. Sebab kunci takleh duplicate kat luar kan nanti tak boleh start. Hambik ko harga satu set kunci baru dengan remotenya sekali dekat nak RM500!! Kena order dulu..lebih kurang 5 hari juga lah..

Bila dah dapat kunci, kita kena keluar sendiri bawa kunci tu pergi buat bunga kat kedai kunci diluar. Sebab Perodua kata kunci baru tu memang datang belum ada bunganya, customer sendiri kena pergi buat sebab takut kalau ada duplicate ke etc..

Lepas dah buat bunga kena datang semula kat Perodua untuk setting kunci baru tu dengan enjin kereta sebab kalau tak masih tak boleh start enjin tu. Konon lah saya nak test betul ke tak kan, lepas je buat bunga kat kedai kunci saya terus cuba start kat kereta ternyata betul. Kunci boleh masuk macam biasa, bunyi enjin nak start pun dengar tapi enjinnya taknak hidup-hidup. Ala-ala macam kereta nak habis bateri la kekdahnya...huhu!

So lega dah hati dah ada 2 kunci semula. Saya takut nak tangguh buat in case kalau kunci yang last pun hilang, gamaknya diorang kena tukar sekali alat yang kat enjin tu yang mana kosnya lagi mahal lebih kurang RM4ribu lebih, ni yang saya tanya pada staff Perodua tu la..huhu

Dah nak sebulan juga kunci yang lama tak juga jumpa-jumpa. Tapi kalau jumpa pun dah takda guna pun sebab staff tu kata kalau jumpa balik kunci lama tu pun dah tak boleh pakai lagi sebab diorang dah setting baru kat kunci yang baru ni...

6 comments:

cik hani said...

Ooo..mcm tu yek..ingtkn blh sebarangan je duplicate kunci

Iela Fazielah said...

boleh thn mahal buat kunci baru je tu.... kalau nissan or hoda mcm mana la gamaknyer ye

Puan Ezy said...

mahalnyeeee.. ni yg tkot kalo hilang knci kete.. huhu

Hayatie Hashim said...

cik hani: mostly sejak 4-5 tahun lepas kot kebanyakan pengeluar kereta2 dah semua dah buat gini..

Iela: hah, kalau kereta mahal2 lagi lah mahal skit kot gamaknya..

Puan Ezy: Jaga baik2 kunci pasni, hih! :)

Rizziela said...

Adoi....kuncyi ajer pun dah mahal...pengsan

Diana said...

Klo jumpa balik kunci yg hilang tu boleh je guna balik. Tp kena pergi setting dlu kt mana2 perodua svc.

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea