Monday, October 28, 2013

Entri khas - Cerita Lantai Kayu (Wood Floorings)

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 8:28 PM
Entri khas kedua pula adalah cerita mengenai lantai kayu pula. Senang nak link saje jika ada pertanyaan dimasa hadapan, hehe!

 Pada yang dah biasa nampak, rumah saya ni memang pasang lantai untuk keseluruhan rumah termasuk lah didapur  kecuali bilik air je, hehe! Kos pasang lantai ni memang agak besar lagi-lagi kalau nak pasang satu rumah tapi kos bergantung pada luas ruang yang hendak dibuat, harga per sq ft yang kita dapat, jenis dan corak lantai yang dipilih.

Kalau plaster ceiling kami dapati disini lagi murah, tapi lain pula cerita untuk lantai kayu ni. Daripada survey, dikawasan lembang klang dan sekitarnya lebih murah berbanding di sini. Range harga dari sekitar RM4 hingga RM6 lebih per sq ft.

Pastu depa ni pandai gak twist sana-sini, untuk harga sekitar RM4-5 tu rupanya corak-corak yang tak berapa nak menarik hati sangatlah. Corak-corak yang cantik skit dah masuk range RM5-6 per sq ft.
Encik boss memang dah pilih Robina Flooring sebab kualiti yang bagus katanya. Kos keseluruhan satu rumah yang saya buat adalah RM15,500. Jatuh lebih kurang RM6+ per sq ft. Kebetulan corak yang saya nak tu, antara corak lantai yang paling cerah sekali iaitu Platinum Teak jatuh dalam range yang takda promo! Siut je kan...huhu! Tapi ok la tu, sebab masa kitorang sesaje tanya kat HOMEDEC tu hari pun corak yang sama macam rumah kitorang ni pun dapat RM5.80 per sq ft, kira tak ralat sangat la..huhu!

Quote yang kami dapat ni pun adalah yang kedua selepas quote dari kontraktor pertama tu dia bagi RM16 ribu lebih, kira jimat RM1k lebih lah. Kos RM15,500 tu adalah kos Lump Sum untuk satu rumah jenis Semi-D 4 bilik, ruang atas dan bawah termasuk stor dan dapur dan termasuklah skirting dia. So taktahu berapa secara satu-satu ruang yang dia kira. Kontraktor ni dari Muar.

So takyah lah cerita pasal kelebihan lantai kayu ni ek, macam yang selalu dikatakanlah. Tapi alasan utama sebab kami nak buat ni sebab anak-anak lah. Diorang ni memang stok suka lari sana-sini especially lepas mandi. Kalau lantai jubin kat rumah lama dulu dah banyak kali jatuh berdentam-dentum, benjol sana-sini..

Jom layan pic..
Lebih kurang macam ni lah rupanya lantai kayu untuk satu rumah yer. Tak perlu lah saya nak snap tiap-tiap satu ruang, hehe! Skirting tu ada dua pilihan satu dari jenis kayu MDF atau jenis plastic PVC. Kalau kayu murah skit berbanding plastik. Yang saya pilih ni dari jenis plastik. Sengaja saya pilih warna gelap untuk kontra dengan lantai yang cerah. Skirting tu pun ada tinggi ada pendek, ada yang 'line-line' macam yang biasa kita tengok kat hotel. Dia rekemen yang macam ni katanya lebih kena dengan tema, yang lama tu macam 'olskul' skit, ok saya setuju! :)

Kemudian, corak lantai untuk bahagian tangga saya pilih warna lain pula. Ala-ala macam tangga solid wood tu. Sebenarnya ini decision last minute juga. Muuujuuurr sangat saya tergerak nak tukar corak kontra hitam putih kat tangga. Kalau tak, memang dengan tangga-tangga pun sepattern je coraknya dengan lantai, huhu! 

Pakai laminated wood flooring untuk tangga lebih jimat dari solid wood. Hasil pun tak kurang cantik kalau pandai mix-n-match kan coraknya. Tak silap saya pernah survey kos lantai kayu untuk tangga lebih kurang RM2k-3k++, bergantung kepada ukuran tangga la. Dan solid wood Antara RM7-8k keatas, bergantung kepada jenis solid wood.



Yang corak putih tu corak yang sama dengan lantai. Untuk tangga, kata kontraktor tu untuk sentuhan lebih moden tak perlu letak skirting. Mula-mula saya macam pelik juga, sebab biasa nampak kebanyakan tangga biasa ada skirting. Tapi bila dah siap, baru saya faham konsepnya, nasib baik puas hati! :)

Dari pemerhatian saya selama beberapa bulan dah bergelumang dengan lantai ni, chewahh! Corak cerah ni buat rumah saya kelihatan luas sangat. Pencahayaan lebih terang sebab reflection warna lantai kayu ni so rumah tak kelihatan gelap. Dah ler sofa, kerusi semua gelap-gelap kan, huhu!

Lagi satu, corak yang saya yang saya pilih tekstur dia tak sarat so tak nampak serabut la bila tengok dan senang nak match dengan carpet, langsir dan perabot-perabot yang lain. 



Ok part yang tak bestnya plak, kelemahan lantai kayu ni adalah air. Tak boleh wet mopped! Tak boleh guna pencuci lantai jubin tu. Kalau nak beli pencuci pun kena tengok label samada sesuai ke tak dengan lantai kayu. So kali ni pencuci lantai saya yang paling lambat habis, sebab jarang dah pakai. Kalau ada kotor just lap dengan mop lembab yang dah diperah betul-betul. Lembab tau bukan berair. 

Sebab dah jaga tak kena tumpah air bagai tu sume kan, so saya dah jarang mengemop satu rumah. Sebab lantai ni tak tinggal kesan kaki macam lantai jubin. Saya cuma mop kering or lembab untuk buang habuk. 


Satu lagi, pilihan warna cerah lagilah buat lantai sentiasa akan nampak comot kalau kotor. Jadi mata tak senang woo tengok kalau comot sana sini. Mesti nak lap. Bila ada comot-comot macam ni, biasanya budak-budak makan or minum air tertumpah-tumpah skit2 biasanya saya buat spot cleaning je. Ambil kain lembab dan lap. 

Sebab dapur sementara saya tu pun bersalut lantai kayu juga, hahah! Jadi untuk sementara nih memang terpaksa jadi extra hati-hati bila membasuh dan memasak. Itu pun dah selalu tumpah air, lecak bagai bila budak-budak ni main air kat sinki. Letih juga skit-skit nak lap. Lagi satu lantai dapur lebih cepat berminyak sebab wap memasak kan..dapur takda hud! So takda pilihan lantai sini terpaksa mop dengan cleaner untuk hilangkan kesan lekit.

Dah extend dapur nanti memang saya macam dah taknak pakai lantai kayu kat area dapur.
Tengah pikir, nak cantik tapi letih atau nak senang! hahah! 

Overall saya rasa the benefit outweighs the cost pasal penggunaan lantai kayu ni. Setakat cerewet penjagaan dia saya masih boleh tolerate janji hati puas kan! Bila time bersih berkilat memang hilang segala kerungutan, keletihan dan ke- ke lagi...haha!

Sedikit tips yang tak seberapa ni, sebelum nak pilih corak tu survey corak keseluruhan dalam gambar untuk satu ruang. So that kita boleh tengok susunan corak bila dah dicantum-cantuk. Banyak survey design-design ruang yang pakai lantai kayu, cara diorang mix n match kan corak dan warna... 





13 comments:

NuRuL said...

marvellous!!! tp xder $$$$

theninthalphaberts.blogspot.com

~ NANA ~ said...

cantik sgt kak! teringin sgt nk buat tapi bajet x brp ada...hihi

Iela Fazielah said...

nasib baik rmh sy duduk sekarg mmg dah siap kemasan lantai kayu...tp sy sgt xsuka dgn penjagaan nyer.. ye..dr segi pandangan mmg sgt cantik.. tp nak maintain..masyaallah... skrg dah 3 thn dok rmh sediaada... warna semua tip top, mmg kalau basah kena cepat2 lap... tp bab strach..huhu...sakit jiwa... jatuh barang berat2 pun leh serpih tau kak...mmg kena extra care la... tp sy suka warna skirting akak...mcm nak cat warna hitam lak...

Hayatie Hashim said...

Iela: oo ye ke.. yg Robina ni mmg ada 'anti-scratch' tu yg kami pilih tu so takda nak risau klu calar..tp ritu mmg dah demo ketuk dgn ketuk besi..3x hentam baru kemek..impress juga la..mmg dia kata robina tahan lasak skit..n ada 10yr warranty under domestic use..

mamaqari said...

Cantik la...terpikir gak nk buat tp kos tinggi tu la pening...hehe

ily♥ said...

Sy pakai laminated wood flooring jugak...sblm kawen husbnd da siap2 buat lantai utk rumah kecil kami..tapi buat utk living, master bedroom dgn part of tangga...dapur pakai tile biasa sbb takut basah & myk2.. bila dah anak dua ni, ckp kat husbnd, dia buat pilihan bijak nal psg wood flooring tu sbb safety utk ank2... bpe kali dah jatuh terlentang. Klu tile biasa, mau pecah kepala anak...huhu...

Hayatie Hashim said...

Mamqari; jom kumpul duit ;)

Ily: kan.. kurang2 boleh rasa lega lagi klu jatuh tu huhu

Hanna said...

kak lepas ni review aircond plak...hehe..

Hayatie Hashim said...

Hanna: aircond pun nak kena review gak ke..serious? Adeh!.hehe. wat masa ni plaster ceiling dan wood flooring ni yg jadi pertanyaan ramai...huhu

Reka Gemilang said...

Ye ke.. sy lantai robina jgk.. tp bila anak tolak kerusi bangku dia.. ade gak calar.. geram betol.. last2 sy tampal semua perabot sy dgn sticker anti scratch.. tolak la camne pon tak calar..

Hayatie Hashim said...

Reka gemilang; ye ke..kaler gelap ke cerah..? Klu cerah mmh tak nampak calar klu ada calar pun..klu gelap ye..kata org yg pasangkan tu..

Amir renovation said...

Assalamualaikum tuan/puan. Sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat.jenis pekerjaan sy,memasang tile,plaster siling,wayaring,plumbing,waterproofing,buat porch,sambung rumah,buat pagar,vinyl floor dan wallpaper,landskap dan kolam hiasan,grill dan owning,dan keje civik lainnya.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,putrajaya,serdang,puchong,cheras,kl dan sekitarnya,bndr sri putra,nilai dan sepang.hubingi sy di no 0192945175 or wssp 01129110298. Tq

Amir renovation said...

Assalamualaikum tuan/puan. Sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat.jenis pekerjaan sy,memasang tile,plaster siling,wayaring,plumbing,waterproofing,buat porch,sambung rumah,buat pagar,vinyl floor dan wallpaper,landskap dan kolam hiasan,grill dan owning,dan keje civik lainnya.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,putrajaya,serdang,puchong,cheras,kl dan sekitarnya,bndr sri putra,nilai dan sepang.hubingi sy di no 0192945175 or wssp 01129110298. Tq

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea