Thursday, September 19, 2013

Tips memisahkan Tempat Tidur Anak

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 2:38 AM
Malam semalam pertama kali anak-anak saya tidur dibilik mereka. Bilik mereka ni memang dah siap-siap kami sediakan sebelum masuk rumah lagi. Warna bilik pun mengikut pilihan azri sendiri iaitu biru. Sempena nama dia Azzuri yang bermaksud biru dalam bahasa Itali. Perabot untuk bilik Azri kebanyakan saya beli di IKEA. Gambar keseluruhan bilik ini nanti lah bila dah siap dikemas sepenuhnya, hehe!

Dah lama juga saya pancingnya untuk tidur dibiliknya. Tapi end up bila malam dia masuk join kami tidur kat bilik. Sebab adiknya masih menyusu lagi. Tapi aktiviti disiang hari dari mandi, tukar baju, main-main semua dibuat dalam bilik dia, cuma tidur je masuk bilik kami.

Semalam selepas mandi, saya pancing lagi ajak dia tidur kat bilik ni, dia nak tapi dia nak saya temankan. Ok set! So saya siap-siap prepare kan tilam dia. Katil dia jenis Daybed. Kalau nak tidur berdua kena tarik bawah dia. Adik pun join tidur sekali. Lebih kurang setengah jam kemudian depa pun dah tertidur..

So, progress tidur berasingan untuk malam pertama semalam berlangsung dengan lancar. Saya pun kejap-kejap check tengok. Lebih kurang kul 2am, posisi masing-masing dah macam pic kat atas tu. Adik dah separuh tertindih dengan bantal peluk. 

Awal subuh juga azri  terjaga terus datang bilik saya dan suruh saya tidur semula kat bilik dia, huhu! Nasib baik dia tak join tidur kat bilik kami semula. Lepas tu dia sambung tidur kat bilik dia semula. Adik pula memang tak terjaga langsung nak menyusu ke apa. Memang tidur stret je, cuma bila saya masuk balik lepas azri panggil tu baru dia menyusu balik.

Antara tips yang saya baca dalam artikel di Harian Metro:

1. Babitkan anak dalam menghias bilik tidur mereka. 
2. Bawa mereka membeli-belah kain cadar dan sarung bantal. 
3. Biarkan mereka memilih sendiri tema, corak dan karakter yang mereka minati. 
4. Bersama-sama menghiaskan bilik mereka, contohnya de­ngan mengecat sendiri dinding bilik dengan warna kegemaran dan menampal atau melukis gambar yang sesuai dengan minat mereka seperti kereta, robot dan anak patung. 
5. Letakkan barangan perhiasan dan perabot yang sesuai dengan jiwa kanak-kanak. Mereka akan teruja dan ingin segera tidur di bilik masing-masing.
6. Luangkan sedikit masa (15 minit) setiap malam untuk menemani mereka pada waktu tidur.
7. Bacakan buku cerita atau buat cerita sendiri sehingga mereka tenang dan bersedia untuk tidur. 
8. Berikan pelukan dan ciuman sambil mengucapkan kasih sayang dan selamat malam. 
9. Ajarkan doa tidur dan baca bersama-sama. 
8. Tutup pintu dan lampu, jika perlu pasangkan satu lampu suram saja. Selepas itu tinggalkan mereka untuk tidur sendiri.

Yang penting kena konsisten dan terus melatih mereka untuk tidur di bilik sendiri. Jangan memaksa dan beri ruang pada mereka untuk membuat keputusan, insyallah! Malam ni pun azri dah setuju untuk tidur lagi dibiliknya.. :)

7 comments:

Allene said...

sangat berguna for me later... save link ni... thanks ya...

Hayatie Hashim said...

Allene: welcome dear. ;)

~*irjune*~ said...

Sama macam saya...baru 2 bulan masuk rumah sendiri. Tapi macam-macam benda nak buat. Kalau boleh tu nak rumah tu jadi macam yang diidamkan. Tapi akibat kekangan masa dan budget, kena sabo dulu. Skrg ni dah gila pasal susunatur plak.

Anyway...salam kenal

Hayatie Hashim said...

irjune: kan..kadang2 sampai tepu..last2 Apa-pun-tak-bley..kih kih

cik hani said...

Wah...permulaan yg bagus ni..bkn mudah nk latih ank tidur berasingan..

Nona Sue said...

Tips y menarik seb ngah rancang nk asingkan tmpt tdo ank umo 2 thn...hopefully tips ni mbantu...n mjadi..;)

Nona Sue said...

Tips y menarik seb ngah rancang nk asingkan tmpt tdo ank umo 2 thn...hopefully tips ni mbantu...n mjadi..;)

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea