Thursday, September 12, 2013

Tebus Point IKEA

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 2:16 AM
Bulan lepas saya dah tebus point IKEA yang ada ni. Sakan memborong kat IKEA dalam masa 2 bulan dari mula pindah ke rumah baru dah RM4,502 ya ampunn! Tapi memang semua tu barang-barang yang saya dah AIM (amik ko aim tu!) sebelum pindah masuk lagi..huhu.

So bulan lepas saya tebus kesemuanya sebab nak beli barang yang saya kira pembelian terakhir di IKEA (lah konon) untuk 2013 ni sebab saya rasa dah cukup setakat ini barang-barang yang saya dah tawaf di IKEA setiap kali balik rumah mak kat Kajang. Tu belum lagi membelek kat website sampai dah naik hafal dah segala Furniture series yang ada kat IKEA tu yop..huh..

Barang yang saya beli tu adalah meja jahit saya, Expedit Desk Combination. Itu pun dua kali tunggu IKEA restock warna putih tau.  Dia ada 3 color, black, birch dan white. Warna putih je yang selalu mana tak habis sekali datang lebih kurang 100 unit rupanya (mengikut perbualan saya dengan Customer Service IKEA). Seminggu selepas call saya datang semula nak beli dah tinggal 4 unit je, hoho....



Dah setel membeli dah bulan lepas meja tu, tiba-tiba datang sms ini..Whoaaa, tak tahu lah plak dapat 3x kali point dalam birthday month (tu lah sape suruh tak baca TNC habis2!) Nyesal beli bulan lepas, kalau tunggu skit dapat 3xganda point, padahal masa tu beli pun campur-campur barang lain dah almost RM1k juga...tapi cons-nya kalau meja tu habis, tak guna juga tak dapat beli..huhu! Sebab taknak kaler lain memang nak PUTIH sahaja..

Jadi dengan berat hati (berat sangat kann :D) saya kena lah belek-belek lagi katalog IKEA untuk tengok barang apa yang boleh dibeli. Semata-mata nak dapat 3x point kan..ngade!

2 comments:

Lin said...

mcmana nk jadi member ikea?

Hayatie Hashim said...

Lin: kena register kat kiosk ikea disana.. nanti dpt temporary card

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea