Thursday, September 26, 2013

Susun Atur Perabot: Bilik Anak-anak

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 1:19 AM
Dah siap mengubah susunan perabot dalam bilik anak-anak ni lepas tu cepat-cepat snap pic sementara ianya masih tersusun. Pasal jap lagi kompom bilik ini akan dilanggar todak. Ceh, cerita macam banyak benar yang nak diubah padahal ubah posisi katil je, hahah! Sebelum posisi katil budak2 ni macam dalam entri ini. Saya rasa macam terhad juga ruang bila dah bukak katil tu jadi double bed.

So saya ubah lagi katil ni ke dinding sebelah toilet. So luas skit ruang untuk bermain dan aktiviti lain. 

Papan hitam tu asalnya kat sebelah toilet tu lah tapi saya ubah ke tepi pintu ni. Dekat dengan meja aktiviti diorang ni. Bakul rotan ni memang tak boleh blah, hahah! Tak masuk tema lahh tapi takkan nak buang kan. Nak letak kat mana pun macam tak kena juga. So saya pakai je la terus buat tempat letak buku-buku diorang sampai lunyai. Kalau azri dah sekolah nanti dah banyak buku boleh cari satu rak buku baru...

Kebanyakkan perabot dalam ni memang sume dari IKEA. Cuma almari baju je takda lagi. Sebab semua baju2 diorang saya letak dalam drawer Katil tu.Drawer tu memang sangat spacious tau. Buat masa ni drawer ni masih muat lagi menampung kapasiti baju budak2 yang ada ni. Next time punya task nak organize susunan baju diorang dalam ni. Sebab sekarang ni memang BERTERABURRR!                                                        

Bila katil dah ubah kesana, karpet ni dah boleh diletak bersebelahan untuk mencantumkan motif jalan raya tu dan jadi macam satu playmat. Macam kenal tak corak ni?hehe kalau sape yang kaki IKEA akan kenal..ni lah karpet LEKPLATS tapi saya beli kat NILAI 3 masa borong karpet Raya bulan lepas, ngee! RM20 je sekeping, total dua RM40 je.
                            
 Yang bezanya dengan IKEA tu karpetnya sekeping besar, yang kat Nilai ni kecik-kecil kena beli dua or lebih untuk jadikan satu motif yang besar. Tak kisahlah, sama je walau kena cantum-cantum...jimat RM40 lagi..hihi

 Ok series akak suka sebab dah nampak luas. :) Barang-barang yang ada dalam semua storage tu memang barang mainan je semata. Hajat maknya nak beli Trofast Toy storage akhirnya dapat juga direalisasikan :) Memang praktikal nak simpan khazanah toys diorang nih. So ini lah sahaja barang-barang yang ada dalam bilik budak-budak ni. Takda lagi aksesori sangat tu pun baru pasang sebiji frame, hehe!


14 comments:

Fizah said...

papan hitam tu pakai kapur yek? atau ada pen khas ek? seperti berminat jgk ni..

adianiez AIDA said...

besar nyer bilik anak!
untung anak-anak bleh main dgn selesa...

Hayatie Hashim said...

Fizah: pakai kapur..belakang dia white board. .beli kat ikea juga tu

Duniaku Duniamu jua said...

tgk entry ni...mula la...dtg smgt balik nk deco bilik anak...sbbnyer...baru jer..buat playroom kat bilik diorg..kejap jer cantik...tp skrg...dh hampir ranap...rase nak nangis jer..biler diorg trlebih rajin dari umminyer...huhu

Hayatie Hashim said...

Aida: tak besar mana pun bilik ni rasanya..cuma barang2nya yang skit kot.. :)

Mas: Time kemas memang gini...lom tengok versi bersepahh..hah nanti senang saya upload versi bersepah2..bagus gak idea ni..kih kih

IeRA said...

suka tgk tuan rumah deco deco ni.... boleh bagi ilham

Hayatie Hashim said...

Iera: (♥_♥)

ryyhan kamarudin said...

nampak cam luas selesa anak2 nk main

huhu bilik anak kita cam sempit nak main (eyh sbb mak gajah pun kena join main tu rasa sempit kot)

Hayatie Hashim said...

Ryyhan: luas ruangnya, lagi luas berselerak..bila time bersepah, huhu!

Rehana~ said...

karpet tu mana cari ye?

Leh singgah blog saya www.rehanswardrobe.blogspot.com

Hayatie Hashim said...

Beli kat Nilai..tp kena sambung dua klu nk dpt corak car track tu..RM19/pc..kat IKEA pun ada..RM70 ke tak silap

mama fateh said...

salam.. ingat lagi tak kedai mana kat nilai 3 tu? Puas i pusing nilai 3 cari carpet camtu tapi tak jumpa. kalau igt lagi let me know ya. thanks!

Hayatie Hashim said...

mama fateh: nama tempat carpet tu Carpet Corporation..dia bukan kedai or kat area kedai2 tu..dia macam gudang kilang kat mula2 masuk pintugerbang nilai 3 tu..klu dari nak masuk ke nilai 3 tu..dia belah kiri..

Cik Puan Diksu said...

Carpet tu saya tertariklah...

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea