Tuesday, September 3, 2013

New SoHo in progress

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 6:54 AM
Belum siap kemas dah upload. Sebenarnya belum siaplah kena upload kalau tak berkurun lah, huhu! Sekurang-kurang bila kita dah cerita tu kena sudahkan ye dak!. Dulu masa kat rumah mak, saya cuma ada ruang menjahit yang saya letak dalam bilik tidur sekali. Hanya guna meja banquet je.

Sekarang dah tercapai hasrat nak ada almari cum meja untuk ruang menjahit saya. Dua kali saya tunggu IKEA restock meja Expedit warna putih ni. Warna putih ni je yang selalu sold out, warna lain macam hitam dan birch tu tak habis-habis pun..

 Ada jenis yang 4 rak tapi Saya beli yang 2rak je sebab kekangan bilik yang tak berapa nak luas. Ini bilik bawah kat dapur yang saya panggil bilik serba-guna. Kenapa serba-guna, sebab jadi tempat solat, tempat baring-baring kalau kat bawah, tempat saya sidai kain yang tak sempat nak kering kat luar dan macam-macam lah...hihi! Ada sofa bed yang boleh recline all position sekali dalam bilik ni.

Terpaksa letak kat sebelah pintu sebab dekat sini je yang paling dekat plug point. Malas nak guna extension kalau letak kat belah lain. Ok tak habis lagi 'menyemakkan' almari ni dan kawasan sekitarnya dengan barang-barang menjahit yang bertimbun dalam stor tu..huhu! Laporan penuh menyusul 2 tahun lagi..hihi Tinggal nak beli swivel chair je...

#SoHo= Small office Home Office :)

6 comments:

me.ronazil.ab said...

cantik laaaa

diLa said...

cantek nye umah...yatie, ade mesin jahit tepi ek? brand ape ek yatie punyer? bole x suggest brand yg utk pkai kt umh je & x mahal sgt...bajet ciput hehehe...tq yatie..

Yaati Nor said...

bestnya siap ada bilik jahit tu..

Hayatie Hashim said...

me.ronazil.ab: tq :)

diLa: Mesin jahit tepi saya brand Singer 4 benang..skarang ramai kawan-kawan beli Brother..ok juga, harga pun lebih murah dari Singer..

yaati nor: Bilik menjahit tumpang dalam bilik serbaguna, hehe!

NuR aTiQ said...

k.yatie kita baru perasan bla bukak blog akk (sb tgh cari idea nk deco rumah) rupanya akk ada join group deko rumah kt fb kan..surprisingly memg ohsem la uma akk..cntik sgt2..tp uma sy xla besar mcm uma akk..hihihi

Hayatie Hashim said...

Nur atiq..aha memang ada..kdg boring2 post group..boring lagi layan blog plak..hihi

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea