Wednesday, September 25, 2013

Ku berubah arah

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 8:45 AM
Tak tahu nak letak tajuk apa sebab enteri kali ini lebih kepada nak mengomel je takda gambar2 cuci mata. Akak rehat jap yop..penat gak jadi photographer amatur ni. Skit2 nak snap..skit2 nak snap. Agak2 saya bukan saya seorang je yg gallery pic dia beratus2..huhu

Lepas tu nak screening pic mana yang angle paling cun untuk ditransport ke dalam laptop lak. Lepas tu kena resize semula size gambar sebab besar sangat pixelnya tu kalau terus2 upload jadi sangapp!

Sekarang dah musim akak suka mengedit pic letak frame la, letak effect la..musim rajin namanya ni. Tunggu lah musim sangap sedoniya nanti, watermark pun tak ku bubuh.

Jenuh gak nak buat mende2 tu maklumlah saya takda software cangih2 tu hanya guna Pict Art kalau edit di Henpon..Photoscape kalau kat laptop. Kadang2 satu pic tu diedit kat dua2 apps tu tau sebab saya suka font kat apps Pics Art untuk watermark..ke saya tak jumpa lagi software yang best2 kalau ada tolong lah rekemen kat akak ni..hehe

Cerita pasal blog lak, kalau siapa2 yang follow blog saya dari awal penubuhannya (chewah) mesti rasa saya dah tak banyak cerita pasal penyusuan lagi. Sepanjang 2013 ni memang totally zero entri pasal aktiviti penyusuan saya..

Sekarang blog saya dah berubah angin jadi blog cerita pasal dekorasi je. Yang paling saya perasan, kalau dulu bila saya terjah kat blog2 orang yang komen or follow blog saya n, dalam bloglist diorg mesti link blog saya ni kebanyakanya dibawah kategori 'Geng Susuibu', 'BF mommies', 'info BF', etc pendek kata yg berkaitan hal ehwal penyusuan lah..

Tapi sekarang bila saya terjah ke blog2 reader saya, link blog saya ni dah dalam kategori 'Home deco', Geng Deko, Inspirasi Deko, etc dekat bloglist orang lain..kih kih. Sejak sibuk buat enteri pasal rumah baru ni secara tak langsung telah menwujudkan satu lagi kumpulan pembaca diblog saya ni iaitu yang terdiri dari kaki2 deko..♥♥

Best juga, ingat dok syok sendiri sensorang meroyan pasal deko rumah sendiri rupanya ada juga yang layan cerita akak..tapi Nuffnang tak gak naik2 mencanak :-| *sigh*
Tu belum part susunatur, kemas sana kemas sini, huihh semua akak nak habaq gak nanti..hehe!

#macam wartawan tak bertauliah yang bertungkus lumus nak menyiapkan laporan dan bahan ceritanya :D

posted from Bloggeroid

2 comments:

Ayu Rashid said...

Ermmm samalah kita kak. Ayu dulu dok follow blog org biz... lepas dah slow biz dan pindah rumah dah tukar angin pulak. Layan blog psl deko. Tak cukup ngan blog, google image jadik mangsa hahahaa.

So we share the same interest. Tp umah akak umah sendiri-besar-cantik. Ayu menyewa jer.. :)

Hayatie Hashim said...

Ayu: Takpe..kumpul inspirasi dulu..dah ada rezeki rumah sendiri kompom meletop-letop deko nanti kan! :)

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea