Tuesday, September 3, 2013

Idea Deko: Bilik Tetamu

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 1:00 AM
Hari ini baru akak nak share segenap ruang yang ada dalam bilik tetamu rumah baru.(Eh bila da nak habis pakai istilah rumah baru ni, dah dua bulan duduk kira masih baru lagi kan, hihi!) 

Pilihan perabot untuk bilik tetamu semestinya putih juga, in fact semua perabot dalam rumah saya memang putih pun, huhu! Tak tahu kenapa kali ini nak all-white je sampai ke pintu-pintu dan lantai kayu pun nak putih. Nanti saya buat update lagi bilik-bilik yang ada...

Set perabot ni termasuk almari, katil divan saiz King, meja sisi dan meja solek. Lampu tidur saya beli di IKEA. Ikutkan saya nak sambar jenis lampu tidur kaca tau cantik-cantik designya, tapi kekangan anak-anak yang masih kecil ni, encik suami nasihat kata jangan nanti jatuh pecah. Anak-anak pula suka usik-usik-pegang-pegang. Last-last saya beli yang plastik putih ni je, oklah murah je RM16.90. Seperti biasa, anak2 dah selamat buat eksperimen kat lampu ni, tertonggek-terbalik dibuatnya, nasib baik plastik yop, hehe!

Sebelah almari, saya letakkan besi penyidai. Yang ni, tak jumpa hat putih. Kalau ada pun kayu. Kayu memang saya takmau. Confirm tak tahan lama. Besi ni dari rumah lama. Oklah warna wrought iron, walaupun tak putih, adalah kontra skit kan boleh matching dengan skirting wood flooring tu..chewahh!

Dari segi aksesori hiasan, bilik ni masih kosong lagi. Sebab saya tak jumpa dan tak tahu lagi nak letak hiasan apa kat dinding. So leave it as it is dulu. Sebab hiasan ni tak boleh dicari-cari, selalunya idea tu datang sendiri je, bagi saya lah!

Ni pandangan hadapannya pula. Pintu bilik air yop, nak tengok dalam bilik air gak ke? Moh ke bawah..

Sama je, takda hiasan apa. Bilik air ni tak pernah guna pun, kalau ada yang menumpang tidur je lah. 



#Masih berfikir-fikir sama ada nak letak frame kaligrafi lagi ke tak, ada voucher RM50 tak claim lagi ni.. :)
 Ke nak letak bunga-bungaan plastik ke? akak memang fail bunga..huhu!



10 comments:

Fizah said...

putih berseri2 =)

Allene said...

cantik sgt...

luvly_heart said...

cantik kak color putih, cuma nak minta pendapat akak, nanti color putih ni bila dh lama dia akan bertukar jd mcm yellowish sikit tak kak? selalu jd mcm tu.. camane eh? ke nak kena tgk material juga?

#tengah cari idea nak deco rumah baru juga ni

Hayatie Hashim said...

luvly heart: ada juga dengar, tapi rasanya ikut jenis materialnya..pastu ada tips..kata kena selalu bersihkan, pastu ada yang kata kalau duduk dalam aircond je akan lambatlah kekuningannya..tp rasanya lebih kepada jenis finishing putih tu kot..

Asma said...

Bilik tetamu pon dah cantik cenggini..master bedroom mesti lg wow. Tetamu datang pon taknak balik kalo cenggini..hihi

Hayatie Hashim said...

Asma: master bedroom lagi sempoi je..hik hik! :P

Shafiee Aiman said...

putih je sume perabot....kenapa ek???ramai yang guna putih as wrna feberet ke/??atau putih nmpk xclusive??

Hayatie Hashim said...

Shafiee: Trend moden kot.. hih!

muhaiza mohd said...

cantik plak color bilik 2... actually color apa yerk

pipie azati aziz said...

cantik .. insirasi sangat-sangat . simple tapi menarik .

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea