Tuesday, September 24, 2013

Deko Bilik Anak-anak: Bingkai gambar

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 11:30 PM
Bingkai yang baru saya beli dekat Parkson. Tengah meroyan nak memenuhkan rumah dengan hiasan. Pantang jumpa nak membeli je kejenya. Macam boleh masuk tema..

Saya tak terfikir nak letak gambar diorang ni. Tapi rasa lebih nak letak gambar yang colorful skit. Mula2 ingat nak letak shapes ke alphabet ke tapi malas nak beli2 lagi flash card. Saya keruk2 balik apa yang ada saya jumpa Art card IKEA yang lama dah saya beli. Dah selamat diconteng-conteng pun oleh budak-budak ni.

Sebab ada 12 petak tak cukup lak Art card Ikea tu, pastu saya jumpa lah flash card freebies masa beli diaper dulu. Ini pun boleh lah. Ada gambar-gambar profession, sesuai lah untuk si adik tu. 

 Dah cukup 12 keping, kena lah potong kad-kad tu sebab kena ikut size gambar. Tu yang saya bagi sekali diorang main gunting tu..hihi

 Saya gantung atas meja ni senang skit nak tengok-tengok. Gantung frame kat bilik anak-anak pun takleh tinggi-tinggi rupanya. Kena ikut eye level diorang gak. Saya rasa sat lagi azri dah masuk sekolah darjah satu macam tak muat je meja tu nak buat kerja sekolah..huhu. Later-later kena sambar meja besar lagi nih..

 Frame ni ok gak, sekali bukak sekali gantung ada banyak slot so boleh tukar-tukar lagi gambar lain pulak. Gambar-gambar yang boleh mengasah minda mereka lah.

#Dah selamat menyusun atur susunan perabot bilik budak-budak ni. Ok action pic menyusul kemudian ok..


4 comments:

cik hani said...

Suka..comel je frame putih dan picture pulak colourful.. Sangat menarik

Fizah said...

sama la kita..tak brp gemar letak gambar sendiri kat frame..prefer gambar2 bunga ke, abstrak ke...tp ni idea yg menarik ni..letak kad imbas ek..gud one!

Hayatie Hashim said...

Cik hani: sib baik jumpa hat ni..suka sebab byk slot..warna putih lak tu :)

fizah: sebab bilik anak2 kan..kita kasi yang mengasah minda skit..hehe!

Duniaku Duniamu jua said...

berkenan...n dah belek2 frame ni...masa shooping rayer di parkson...oleh krn budget..just 4 keperluan rayer...trpksa lupekn dulu...so skrg...dh tengok cutenyer frame ni bergaya...sy masukkn dlm list brg kena beli.

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea