Sunday, September 29, 2013

Contest: Lukisan Kaligrafi Penyeri Kediaman Rumah

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 8:37 PM
Assalammualaikum semua,
Tiba-tiba rasa tergerak juga nak menyertai contest yang dianjurkan oleh Pihak Lukisan Kaligrafi (LK) disaat-saat akhir yang berakhir pada hari  ini. Walaupun tak dinafikan memang hajat dihati kalau boleh nak lah juga kalau ada rezeki untuk memenangi hadiah yang ditawarkan oleh pihak LK iaitu:

HADIAH UTAMA (Untuk Blogger)
::Lukisan Kaligrafi berharga RM300::
::Voucher Lukisan RM50::

1O HADIAH SAGUHATI (Untuk Blogger)
::Voucher RM50 untuk pembelian RM400 dan ke atas

Tetapi sebenarnya saya  lebih nak kongsi perasaan bertapa gembiranya hati tatkala  melihat permandangan kalimah suci Allah ini di ekspresikan dengan begitu indah sekali. Dan menunjukkan betapa agungnya ciptaan Allah iaitu umatnya yang kembali memanjatkan rasa kesyukuran mereka dengan salah satu cara seperti ini..

 Seperti saya juga, tidak jemu-jemu memaparkan gambar ini yang terletak berhadapan ruang masuk ke rumah saya. Lukisan Rose Tasbih 4 panel yang menitipkan kalimah Subahallah Walhamdulillah wallaillahaillah Allahuakbar dan juga Kalimah Syahadah yang menghiasi dinding disebelah kiri dan kanan ini pasti akan membuatkan kita untuk mengucapkannya tatkala melihat.

 Kedua-dua lukisan ini begitu menyerlah ruang masuk ke rumah saya ini seolah-seolah ruang ini menjadi sebuah mini galeri lukisan kaligrafi dirumah saya :)



 Hiasan Allah &Muhamad pada Seramik ini juga turut menghiasi ruang di almari hiasan.

 Tahukah kita bahawa hasil seni yang dihasilkan oleh pihak LK ini menggunakan bahan-bahan acrylic yang bermutu tinggi dalam penghasilan warna-warna ceria pada lukisan dimana warnanya tidak akan luntur dan mengekalkan kualitinya.

Kanvas yang digunakan juga adalah kanvas yang baru diregang diatas kayu supaya lukisan tidak akan menjadi kendur dan kualiti lukisan akan terjaga biarpun setelah beberapa tahun. Dan ianya setanding dengan kualiti lukisan kaligrafi diluar sana namun dan ianya ditawarkan dengan harga yang mampu kita miliki :)

Dan sebagai seorang pelanggan yang telah pun memiliki koleksi lukisan kaligrafi dari pihak KL ini, saya seperti ingin memenuhkan segenap ruang dirumah saya dengan lukisan-lukisan kaligrafi dari mereka setelah sangat berpuas hati dengan kualiti lukisan kaligrafi mereka. 

Pada geng kaki deko yang mahu menghiasi kediaman kalian dengan koleksi dari LK ini boleh lah pergi cuci mata ke Facebook Page mereka "LUKISAN KALIGRAFI MURAH". Untuk makluman kalian juga, harga adalah berbeza mengikut jenis dan saiz lukisan sebab itulah tidak semua lukisan yang dimuatnaik diletakkan harga sekali. Untuk itu kalian hanya perlu Whatsapp ke nombor 019-280 4788 dont worry, kak Zai bersedia melayani pertanyaan kalian dengan sporting ;-)





6 comments:

~ NANA ~ said...

sis...i mmg dah jatuh cinta tengok lukisan kaligrafi tu! tp nak join contest tu yg malas sbb selalu join tak pernah menang...haha

ellysa emran said...

good luck, yatie!

IeRA said...

Cantiklah..

rostina76 said...

good luck. btw tq for sharing the info…nak g terjah gak la FB dorg

Hayatie Hashim said...

Ellysa: Tq dear :)

Iera: Kan2.. hehe

Kak rostina: Selamat menjamu mata, hehe!

Hayatie Hashim said...

Nana: suka2 je ni..kebetulan ada 'modal' cerita, heheh!

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea