Friday, September 27, 2013

Apa ada dalam Bilik Air?

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 10:38 PM
Hari ini akak nak share pasal toilet lak. Toilet pun nak masuk blog, hehe! Apa yang ada dalam toilet? Takda hiasan, cuma aksesori basic yang ada dalam setiap bilik air kot. Rumah ni ada 4 biji air, dari 4 yang guna hari2 adalah 3. Jenuh akak nak mencuci toilet, huhu! 

Saya kalau boleh tak mau letak apa2 aksesori tambahan macam barangan berkaca ke,  biarlah selapang2 yg mungkin. Sebab bagi saya bilik air orang melayu ni memang sentiasa akan basah je memanjang tak macam bilik air omputih tu. Lagi satu senang nak basuh tak payah nak mengalih segala barang. 

Cermin IKEA ni  saya letak kat dalam bilik air sebab terinspirasi sangat dengan akseori bilik kat blog ni. Sebenarnya saya tengok dalam majalah Anjung Seri dulu lepas tu baru tahu dia ada blog. Yang ni i memang kopiket sebiji2 sbb suka sangat cermin ni..ya ampun yaa! hehe!

Glass shelf Grundtal IKEA. Saya tertarik sebenarnya dengan set seragam botol untuk sabun, shampoo kalau ada hat kaca-kaca lagi cun. Tapi dah pikir dohplohpat kali lebih baik saya lupakan je hasrat tu selagi ada askar-askar kecik ni. Lagi satu  2-3x je rajin refill, dah lama-lama penyakit M dah datang terus guna je botol2 je sebijik..huhu.

                             
                                        
Cerita pasal Glass shelf ni sebenarnya saya terpaksa beli dua kali. Pertama kali saya beli jenis Baren sebab saya fikir safety takda bucu yang tajam. Nampak tak dalam pic atas tu lama-lama kaca tu jadi senget dek kerana asyik tekan-tekan sabun kat atas tu. Dengan budak2 ni asyik tertekan cermin tu setiap kali nak amik sabun kat atas tu. So kalau letak bekas berus gigi ke botol sabun ke semuanya akan melorot kebawah sedikit demi sedikit.

                            
Last-last saya beli Grundtal je sebab yang ni bracket dia lebih kuat berbanding yang Baren tu. Harga lagi murah RM10 lebih kurang dari Baren. Tapi dari segi performance Grundtal lebih kukuh sampai sekarang masih kuat lagi. Mungkin Baren lebih sesuai untuk Sabun buku atau letak berus gigi je. Kalau shower foam dan shower gel jenis pump yang memerlukan kita tekan kat atas tu memang tak sesuai lah. Mula-mula ok lama-lama dia akan menyenget....

Untuk penyangkut dalam bilik air saya pilih jenis yang macam ini. Rack yang boleh sidai towel, letak towel atau sangkut apa2 lah kat hook tu. Yang ni saya beli memang murah giler. Buy 1 free 1, RM178. So jatuh satu ni RM89 je. MENYESALLLLL sangat tak borong 4 teruss masa pergi Johor Furniture Fair dulu. Sebab sekarang ni bila saya carik towel rack macam ni rata-rata RM200+ ke atas je. Tapi tak silap next week 4-6 oktober ni ada lagi Johor Furniture Fair kat Persada Johor. Kalau ada lagi benda ni memang nak beli lagi.

Selain dari beli aksesori basic untuk bilik air ni, kami buat sedikit make over lah untuk bilik air ni nak bagi nampak cantik skit. Masa mula-mula water tap, drain cover etc memang suma memang jenis plastik putih tu. 

Water tap dan Sink Hole cover..

Shower drain cover..

Pasang Bidet Spray, so takyah lah guna baldi lagi. Eh tapi dah kalau dah orang melayu ni kalau takda gayung dalam bilik macam tak lengkap..hahah! Ok taruk je lah walaupun tak guna pun..

Pintu bilik air dah memang siap jenis bi-fold door. So takyah tukar. Nasib baik dah warna putih. Kalau warna lain, memang saya pasrahh je lah, huhu! Sebab saya nak semua pintu mesti warna putih plain. Yang bercorak pun saya fikir 2-3x ..tapi tak tahu lah kalau later saya dah boring tengok putih ni, tambah je lah sticker pape kan..huhu!


Ni bilik air master bedroom. Dalam 4 biji bilik air, bilik air kat masterbedroom ni yang paling besar sizenya, 8' 1/2 panjang x 5' lebar. Bilik air lain standard je macam pic kat atas tadi tu..saiz 5' 1/2x5' 1/2..

Ok, setakat ini dahulu dekorasi yang tak berapa nak deko sebenarnya untuk bilik air. Sehingga akak berjumpa dengan deko bilik air yang lain..hehe!

4 comments:

Fizah said...

part gayung tu comel! haha

Hayatie Hashim said...

Fizah: aksesori bilik air wajib ado..heheh

All About AnaYna said...

Wahhh dlm bilik air pun cantek..:)

Hayatie Hashim said...

AnaYna: tq dear ♥ ;)

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea