Wednesday, August 28, 2013

Idea Deko: Hiasan dinding Wallpaper

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 12:34 AM
Saya dilema nak letak hiasan apa dekat dinding wallpaper nih. Yang ada dalam kepala samada frame gambar atau cermin. Fikir punya fikir, kalau cermin tak jumpa-jumpa pula cermin yang menarik dan unik. Lepas tu rasa macam dah asyik-asyik cermin je. 

Ada terfikir nak letak frame Allah Muhammad ke tapi kebanyakan design macam tak berkenan dihati. Akhirnya saya decide nak letak Kaligrafi ni yang saya terjumpa masa survey2 frame Allah & Muhammad. Lama juga fikir kena ke tak ke dengan background dia yang colourful tu dengan wallpaper saya, jenis dan size yang sesuai. Gigih akak mengukur kat dinding tu size apa yang ok..huhu

Saya tempah dekat Lukisan Kaligrafi Murah. Saya berkenan dan rasa set 4 panel Rose Tasbih ni macam sesuai dengan dinding yang ada dua lampu, size 2'x1' .  Yang satu panel besar tu size 2'x2.5' (60cm x90cm), tulisan Kalimah Syahadah.

Lukisan ni tak masuk frame lagi tapi kalau takda frame pun memang dia buat siap-siap dengan board and ready-to-hang. Tapi saya sengaja nak frame juga sebab nampak 'simple' sangat kalau takda frame. So saya buat frame ni dekat Batu Pahat je. Senang nak pilih corak dan size frame yang sesuai dengan lukisan. Lagi satu nanti kurier charge jadi banyak sebab frame tu berat woo..

Sebelum datang kedai frame memang nak frame putih je, tapi lepas sampai, pilih punya pilih, akhirnya warna frame ni juga yang masuk dengan background wallpaper saya, sebab warna putih tu jadi macam terang sangat. Warna silver-gold. 

Tempah frame ni mahal rupanya, huhu! Harga bergantung pada corak dan lebar kayu dan designnya. Tu tak masuk lagi 'liner'. Liner tu yang satu lagi frame yg dibalut fabrik warna guni yang macam dalam pic tu. Yang menjarakkan lagi lukisan dan frame tu. Set 4 panel kena guna liner kecik je. Total buat frame je RM630 huhu..


Jom layan pic 'meroyan' ok :D

Ini lah hasilnya. Memang suka sangat tengok. Tak sia-sia akak bersengkang mata memilih, hahaha! Gigih encik boss menggantung sehari sebelum majlis kenduri kesyukuran dan jamuan raya di rumah kami.

Ruang ni memang ruang yang berhadapan dengan pintu masuk utama rumah kami. 




Bunga pun nak 'enterprem' yop..hehe! First time menghias rumah dengan bunga plastik ni. Saya memang fail bab nak menghias pasu bunga ni. Kalau bunga&ranting panjang-panjang ni senang skit kot, main cucuk-cucuk je, huhu! Ok ni beli kat kedai One Stop je. Tak semua benda nak kena beli kat tempat-tempat memahal je, huhu!

 
 Ni permandangan bila dah tutup lampu. Lukisan ni, tulisan kalimah tu semua Glow-in-the-Dark. Kalau kita dah padam lampu, kita akan nampak tulisan tu terang macam lampu macam kat pic tu. Tapi tak berapa clear la sebab akak snap pakai handphone..


Pagi sebelum majlis nak bermula, semua sofa dah tolak ketepi sebab nak bagi ruang untuk orang duduk baca doa selamat dan tahlil lepas zohor. Post mengenai kenduri akan menyusul kemudian yer..hihi! 





12 comments:

luvly_heart said...

cantik sgt! :)

achiek anis said...

kreatif n cantik sis...

Hayatie Hashim said...

Luvly heart & achiek anis: tq dear ;)♥♥

Fizah said...

ceria kalernya! =)

Hayatie Hashim said...

Fizah: yup, lari skit dari tema kelabu hitam putih.. hihi! Tapi at least tak nampak dull.. :)

Iela Fazielah said...

kak..cantik giler.... sgt lawa.. tgk frame akak pun tau mmg mahal..bape harga seset akak bl semua kaligrafi ni?? ila dah bukak web dia tp xde harga...malas nak PM dia...haha...cer citer...

Hayatie Hashim said...

Iela..harga dia ikut jenis dan size lukisan yg kita nak..mcm akak punya ni ..set tasbih size 2'x1'x4 panel RM650, yang kalimah syahadah tu size 2'x2.5'(60cmx90cm) RM 400. Cat tulisan jenis glow in thr dark..klu cat biasa lagi murah skit..

Sue said...

cantik sgt... nampak kat gmbr dlm entry majlis kesyukuran tu, baru nk tanya n scroll bawah ade entry ni.. heheh thx share kedai tu..

Hayatie Hashim said...

Sue: TQ :) Selamat memilih yer! :)

lukisan kaligrafi said...

TQVM HAYATI SUDI BUAT ENTRY PASAL LK ..NNTI AKK BG VOCHER LG YER :) NAK SHARE BLOG NI BOLEH X?

Hayatie Hashim said...

LK: boleh2 no prob..tq juga sbb terjah ke sini.. ;)

Chestha Ginanzar said...

awak tak cakap pandai,
Izin nyimak ganz,,

Cara Mudah Temukan Rumah Dijual / Disewa Disini
Sewa Apartement
Perumahan Baru

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea