Thursday, August 22, 2013

Cerita Pintu Keselamatan

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 7:07 AM
Pintunya dah pasang tapi baru nak update kat blog, hihi!


Lama betul tunggu order pintu nih siap, dari sebelum puasa lagi dah order 2 hari sebelum raya baru sampai. Tu pun selepas di push beberapa oleh boss besar, huhu! Kalau tak lepas raya gaknya baru pasang.


 Sebab kami tukar kepada pintu besi sebab rasa kurang cantik dengan permandangan pintu depan atau pintu utama ni. Rasa macam serabut je dengan besi-besi. Kalau ditukar dengan pintu besi ni, tak payah lagi pakai gril besi sebab pintu tu dah keseluruhan strukturnya diperbuat daripada besi kan.

 Ini lah hasilnya, huhu! Kami tempah pintu ni di New Edge Security Doors, ada cawangannya di Bukit Pasir, Batu Pahat. Harga pintu adalah bergantung kepada size ruang pintu rumah. Ada yang jenis dua pintu, satu pintu, atau kombinasi satu pintu kecik dan satu pintu besar. Macam2 lagi lah, boleh pergi kat website dia http://www.newedge.com.my.
 Mula2 saya nak jenis yang macam ni tapi corak besi macam yang atas tadi tu, sama macam pintu kayu yg asal tapi sizenya terbesar dari size frame yg asal pula. Tak boleh fit, nanti kena pecah lagi tembok sebelah tu pula..huhu!

`
Ukuran yang boleh dicustom adalah size ini.  (For reference size pintu ni 47"x96" harga RM2100+). Sebab kami nak warna putih dia kena bikin dulu sebab takda ready stok. Kebanyakannya yang ada extra stok adalah warna-warna yang ramai orang pilih macam, coklat, grey, hitam. Yang bahagia belakang besi berbunga tu ada pintu kecil yang boleh dibuka dari dalam. So kalau siang-siang, just buka pintu kecil dalam tu sahaja...

Update: 

Request dari Asma nak tengok bahagian pintu keciknya..macam ini.. :)
Pintu kecil ni ada 2 jenis, satu yang kecil macam ni, satu lagi, dia jenis satu lapis lagi pintu bahagian dalamnya..Kalau size pintu saya ni, jenis pintu kecilnya macam dalam pic ni..



12 comments:

cik hani said...

cantek pintunya...
ukiran besi pun cantek..
ala2 macam tembaga warnanya

Fizah said...

mmg pemaju bagi grill ke kat pintu asal tu..pastu bukak balik semua tu n pasang pintu baru ni? ke guane?

Hayatie Hashim said...

Fizah: tak..gril buat sendiri..tapi lepas dah buat baru decide nk pasang security door ni..so grill pintu kena cabut balik la..mcm rugi skit la..huhu

Asma said...

Murahnya haritu tgk kat home fair dlm 3k. Minat gak pintu camni, mmg tak yah pikir pasal grill dah, cer tunjuk sikit gambar pintu kecik yg boleh bukak tu..

Cik Dee said...

saya orang batu pahat tapi kompius kat mana taman ni? besar sungguh lamannya...

Hayatie Hashim said...

Cik Dee: Dekat Jalan Parit Besar..paling dalam sekali ...500m sebelum jalan mati kat jalan parit besar tu..

Asma said...

Tq for sharing.. Teruja tgk pintu ni, ada anak kecik rasa selamat..nanti renovate rumah nak cari pintu camni la..hopefully tak over budget.

zaren said...

salam kak..nk tnye.. ade lg umah kosong tak area situ?huuu
ttgh mcri rumah nie.. survey2 hrga asal2 dkt 200k je kan..taun nie brp la agknye...huhuuu
(ina)

Hayatie Hashim said...

zaren: yup..harga masa belum naik dulu 280k tak salah..masa kami beli awal tahun ni rm380k dah.. rasa dah penuh kat sini...rumah pun tak banyak..ada 12 biji Semi-D sahaja. Zaren duduk batu pahat juga ke?

zaren said...

huu.klu ade yg lelong umah ctu kan best///heee
sy org yong peng kak. :)

Hayatie Hashim said...

Zaren: oo tak jauh lah kita :) Plan nak beli rumah yer?..kena banyak survey dalam internet juga..kitorang dapat tahu rumah ni pun dari Mudah.com.my

siti zaidah Ahmad said...

saya beli pintu dari new edge security gak...saya ambik warna yg biasa je...1 pintu besar 1 pintu kecik rm3888 belikn melaka home fair...

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea