Wednesday, July 3, 2013

Perabot sudah mari...

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 8:57 AM
Minggu ni paling busy keluar masuk kat rumah baru, sebab banyak orang-orang yang nak hantar barang, perabot, pasang aksesori itu ini. Semalam perabot yang kami borong dulu sampai. Dari pagi diorang sampai, petang baru selesai. Sebab kebanyakan barang semua kena pasang disini. 

Ramai yang tak sabar nak tengok gambar siap sepenuhnya termasuklah tuan tanah ni sekali, huhu. Itu pun ada lagi perabot yang tak masuk lagi macam katil untuk masterbed room dan L shape sofa untuk hall atas.

Jom layan gambar-gambar yang sempat disnap..mahapkan lah keterujaan tuan tanah ini ya.. :)

                           
Ruang tamu..set sofa  semua seat ada auto-recliner kecuali yang seat tengah 3-seater itu. Alang-alang membeli sofa, teringin plop yang hat gini.,syiok dapat baring2 sambil tengok TV :D. Kalau perasan ada nampak gril tingkap atas hall cabinet itu. Patutnya kena renovate skit tutup tingkap tu tapi nak saing sekali dengan renovation fasa kedua nanti untuk outdoornya..insyallah lepas raya kot

                           
Opps, boss besar a.k.a pengeluar wang terbesar tengah amik 'feel' ...hehe

Ruang makan..masih lagi berfikir nak letak aksesori apa kat dinding kelabu itu. Saya fikir nak letak cermin penuh satu dinding sahaja kat situ..

Kedua-dua ruang sekali..Macam nak buat custom built ini divider kat sebelah sliding door itu juga sebagai pemisah ruang..KIV. Berbaloi beli langsir di Nilai bulan lepas, huhu!

Yang ini ruang famili ditingkat atas, diantara bilik tidur utama dan bilik-bilik yang lain. Ada letak kabinet kecil juga sebab kami nak letak set TV juga kat sini. Patutnya ada L shape sofa kat depannya tapi 2 minggu lagi baru siap, huhu!

Yang ini almari kat master bedroom. Almari baju ini bukan built-in. Memang almari sebijik cuma kami tempah khas ikut ukuran muat-muat kat ruang tu. Senang later kalau dah lama-lama nanti boleh tukar yang lain. Set katil je belum sampai lagi, hujung minggu ni baru sampai. Nanti acik update pic kat sini.. :)

Ini bilik tetamu, atau jadi bilik mak saya kalau dia datang sini..tilam king belum letak lagi. Abaikan budak yang tengah tertiarap tu. Takda kerja, sibuk  nak enterframe time maknya nak amik gambar!..haha

 Ini bilik azri dan izzet. Katil dan almari baju masih lagi misi pencarian..hihi. Dah lama 'ngidam' nak kan Trofast Storage IKEA tu. Selalu saya nampak kat rumah kawan-kawan tapi jenis lain, saya berkenan yang bertangga ni. Tapi masa tu belum duduk rumah sendiri lagi, malas nak beli dulu. Akhirnya dapat ku miliki jua, eh hover lah pulak ibu dia! haha. 
Box dia kita boleh mix la color dan size tapi size kena bajet betul-betul kalau tak kang terlebih tak muat frame tu . Meja tu saya ambil yang murah tu RM29.90. Kalau meja study dia mahal RM100 lebih tapi besar skit lah, rupanya lebih kurang je. Baik amik ni, ekekke! Kalau untuk storage  ni banyak yang saya berkenan yang IKEA berbanding kat luar.

Gambar bilik air pun nak enterframe juga, hahah! Nak gak tunjuk cermin yang saya beli kat IKEA tu..hihi. Ada 4 bilik air kat rumah ni di setiap bilik, 3 bilik semua pattern begini. Kecuali di master bedroom je lain dari segi saiznya lagi besar. Berangan nak letak bath tub atau jacuzi untuk bilik master bedroom nanti, macam angan2 ni, hadoiii!

 Semua bilik-bilik air ni kami tukar juga water tap, pili etc dari plastik pasang yang stainless steel, pasang bidet hose (oops saya baru tahu benda alah tu dipanggil bidet,  tu yang hat kat macam tandas awam tu, hahaha maklumlah tandas sebelum ni tak pernah gitu, kih kih! Sinki je tak tukar lagi, later lah...

Tinggal soft furnishing sahaja belum ada macam karpet, bantal-bantal kecil kat sofa dan aksesori yang lain. Semua ni ingat nak borong kat Nilai je.




18 comments:

Asma said...

Cantiknyaaa dah macam showroom. Boleh jadi interior design camni..suka your concept and idea :) meja makan bulat tu mmg nampak praktikal.

Fiza Rahman said...

Cantiknya rumah. Terpegun jap.

UMIE SUE said...

CANTIKNYEEEE..SUKA TENGOKKK

Hayatie Hashim said...

Asma: tq ;) meja makan tu mmg sengaja pilih sbb mesra keluarga skit..takda bucu2 takut anak2 yg suka berlari2 ni terhantuk..

Hayatie Hashim said...

Fiza & umie:.... :D tq-tq (^_^)

ellysa emran said...

lawa sangat rumah awak, yati! rumah mmg akan jadi lawa bila kita pandai main dengan warna.saya pun suka kaler putih ni sbb blh match dengan warna lain.

amirah said...

cantiknya. memang suka dengan meja makan bulat tu. kerusi dia cantek bangat!

Hanna said...

kak,nak tengok dapur..kabinet mesti cun ni..x sabar rasanya nk tengok..heee..

Hayatie Hashim said...

Ellysa: warna putih..tapi tang maintain tu 'lap peluh' la..ekeke

Amirah: meja tu sy mix n match..tak amik kerusi asal dia sbb tak berkenan..huhu kami pilih kerusi utk meja lain punya..;)

Hanna: kabinet dapur...tak buat lagi..sbb nak extend belakang dulu..huhu

zarith said...

Cantik....
Kat mana awak buat custom made wadrobe tu

Hayatie Hashim said...

Zarith: wardrobe tu kat keda KPH furniture Batu Pahat

Fizah said...

waduh2...saya ketinggalan ketapi nii...umah anda sungguh WOW!! puasa n raya sakan tahun ni!! hehe =)

Sufi Al-Arshadiy said...

Semua perfect. Sempurna je saya tgk. Tak reti nak komen tapi kira sekali pandang tu WOW dan kena kat mata. Nampak simple tapi mewah.

Hayatie Hashim said...

Fizah: alhamdulillah, jemput singgah beraya..kalau ke selatan.. ;)

Sufi: tq dear :) masa pilih2 barang tu rumah tak siap..just imagine je boleh 'masuk' ke tak dgn keadaan rumah ni..bila dah sampai..syukut semuanya mengikut apa yg diharapkan.. :D

eiela said...

cantik tumah akak. nampak kemas

Puteri Satu said...

semangat kan duk rumah baru... akak rasa decoration and perabot mesti belanja lebih dari 50k... betul tak dik... tapi serius..memang cantik.. terus terpikir nak tukar meja makan bulat.. hehehe

Sue said...

cantik.. excited nye tengok.. tv cabinet kat hall tu brp kos nye ye

Hayatie Hashim said...

Eiela: tq ((^_^))

Kak puteri: lebih 100k dah ni huhu..termasuk brg elektrik ie tv n fridge..

Sue: tv hall cabinet tu RM4800..

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea