Friday, July 19, 2013

Karpet Raya!

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 6:54 AM
Sehari sebelum puasa hari tu saya pulang ke Kajang nak sambut puasa dengan mak, sempat juga menyinggah ke Nilai 3 untuk sesi memborong kapet pula. 
Saya terus pergi ke Carpet Corporation yang terletak mula-mula sekali sebelum shop lot2 Nilai 3 tu. Ada satu gudang besar kat belah kiri. Masuk-masuk terus saya 'teruja' sat sebab penuh kapet sampai naik rambang gak.

Tapi memang sebab dah aimed nak beli kapet jenis 'Shaggy-shaggy' atau high-pile jenis plain, yang lain2 tak tengok sangat dah. Lebih-lebih lagi jumpa pula warna yang dicari, ditambah ada pula bulu-bulu kilat kat celah-celah, thats it!...haha!

Jom layan 'gambar-beraksi'..hehe!
Ikutkan saya nak size 9'x11' memang ngam-ngam penuh ruang tu dengan sofa tapi bulunya pendek-pendek skit dan takda kilat-kilat. Yang berkenan pula ada size 8'x10' sahaja, yang ni bulunya lebih panjang dan ada 'shine-shine-bright-like-a-diamond' skit hahah! Ok lah tak lari banyak dari ukuran asal.

Soft furnishing yang lain macam bantal-bantal tu rasa macam 'terkurang' je. Yang hat plain beli IKEA, yang ada bunga2 skit tu beli kedai dua ringgit (one stop)..ok je, janji corak n warna masuk, ngee!
Hahh, nampak tak kilat-kilat tu..hah, tak nampak? raya nanti datang rumah, kih kih!. Untuk makluman, karpet ni nak vakum pun tak 'lut' kalau budak-budak ni dok makan keropok ka apa habislah dok terselit celah bulu tu..huhu. Kalau nak kemas kena kebas dulu bagi 'timbul' segala serdak baru vakum. Huhu nak cantik punya pasal, sanggupp! Tapi dah disiplin skit kali ini tak boleh makan kat sini lagi, kena pergi meja makan...

Untuk meja makan sebenarnya saya cari yang 'low-pile' atau jenis bulat tapi takda bulu-bulu. Senang skit nak sapu atau vakum. Tapi last-last terjebak juga ambil jenis 'shaggy' juga sebab jumpa warna yang sama dengan ruang tamu. tapi yang bulat ni jenis short shaggy skit compare to living hall punya.
 Nasib baik bulu ni 'lut' vakum lagi. Cuma jangan tumpah kuah ka lauk pauk ke sudah lah..huhu. Kalau air tahan lagi, boleh lap dengan kain basah je..

Yang ini pun saya beli gak karpet yang macam bath mat ni sebab rasa macam murah je, RM120 dah besar lak tu 100% cotton. Sebab benda ni baru sampai stor so depa belum proper pricing lagi kata auntie yg entertain kitorang tu, dia pun macam tak percaya je rege tu. Rezeki kami lah hihi! Tak plan nak letak mana pun letak je la dalam masted bedroom.





6 comments:

cik hani said...

Gebu gebu karpetnya..
Paling suka karpet bulat kt meja mkan tu..lawa

ellysa emran said...

wow! beraya sakan la tahun nie erk...
kitaorg pun mmg tgh nak cari karpet pun.....
best tgk pelbagai karpet nie...
mau berpinar mata nti...hhuhuhu...

Hayatie Hashim said...

cik hani: tq :)

ellysa: selamat 'berambang mata'..hehe! :)

Mazlan said...

kak, berminat tgk kabinet tv..boleh rekemen ke kat mana nak cari ek?
-lan-

Hayatie Hashim said...

Mazlan: Kabinet ni bukan built-in, saya beli sebiji kat kedai perabot KPH Furniture Batu Pahat

Mazlan said...

sebab sebiji tu yg saya berminat. Jauh sgt plak, saya di Penang..anyway tq

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea