Sunday, July 28, 2013

Frame pintu

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 3:54 AM
Tak habis-habis lagi sesi mencukur poketmenghias rumah ni..huhu! Takpa bila fikir, untuk rumah sendiri juga, tak kemana..jangan sampai membazir sudah!

Kali ini kami pasang 'frame' untuk semua pintu-pintu bilik. Lepas cat putih kat pintu-pintu nampak macam tak berapa kemas lak tengok keliling pintu tu sebab nampak gap antara batu dan kayu pintu tu macam dalam pic bawah ni. Saya pun gugel tengok pintu-pintu rumah orang lain, rupa-rupanya kita boleh letak kemasan lagi kat keliling pintu tu. Ingat nak kena cabut frame original tu..rupanya boleh letak frame yang cantik sedikit ala-ala macam frame gambar tu kat depan frame lama tu.

Pintu stor sebelum diletakkan frame tu.
Selepas pasang, baru lah tak nampak gap kasar antara simen dan kayu pintu tu..

Dan semua pintu-pintu bilik pun kami letak juga..

Masa kami nak cari kedai yang buat frame gini kat Batu Pahat ni agak sukar juga. Tak semua kedai jual pintu yang pasang frame pintu sahaja. Survey punya survey akhirnya dapat contact tempat yang buat iaitu di Parit Ahmad, Batu Pahat.

#Untuk rujukan harga: Harga bergantung kepada jenis frame yang dipilih (corak, tebal/nipis, lebar/kecil),  size pintu kita, nak buat single atau double-sided, kosong atau termasuk cat. Quotation untuk pintu kami RM300 untuk kayu double sided termasuk cat sekali..

1 comments:

eckmal said...

boleh saya tahu apa nama kedai ni, parit ahmad dkt area mana yer...berminat nak survey frame pintu.

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea