Tuesday, July 23, 2013

Dapur & Renovasi fasa kedua

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 9:03 AM
Ramai yang tertunggu-tunggu manalah gambar kabinet dapur rumah saya kan, chewahh! Sebenarnya dalam banyak-banyak ruang, ruang dapur sahaja masih kekal 'semula-jadi'. Ingat tak entri dulu, kami dah beria-ria dapatkan quotation untuk kabinet dapur. Tangguh punya tangguh rupanya ada hikmah juga.

 Bila difikir-fikir kembali, encik boss saya nak bercadang nak extend bahagian dapur dan tepi rumah dulu. Saya pun fikir buat apa nak rushing pasang kabinet, nanti dah extend nak kena rombak-rombak. So saya pun 'redha' lah dengan keadaan dapur asal rumah untuk sementara waktu.

                                
Insyallah, lepas raya nanti akan bermula fasa kedua renovation rumah di bahagian luar. Cadangnya untuk extend bahagian belakang rumah sehingga ke tepi rumah sebelah kanan. Sekali dengan balkoni di tingkat atas juga. 
                           
Pagar keliling pun nak naik tembok batu untuk lebih 'privacy' dan 'security'.

Untuk sementara, ini lah rupa dapur a.k.a 'ofis' saya, hehe! untuk sementara waktu. Bila dah siap extend nanti ruang ni saya nak jadikan ruang makan sahaja. So takda lah bersesak-sesak dekat ruang tamu dibahagian depan nanti. Kabinet dan tempat memasak akan dialihkan ke hujung tepi rumah kot. Ini baru cadangan kasar je, kena panggil pelukis pelan untuk buat drawings betul-betul sama ada praktikal atau tidak kan. 

Barang-barang pun terpaksa lah beratur kat kabinet dan shelf yang ada tu, masih lagi tak sempat nak susun atur lagi.  Selagi tak siap kabinet dapur memang takda lah nak beli set pinggan mangkuk, periuk belanga baru pape ke, huhu!

Sinki pun terpaksa tukar hat sinki komersil tu untuk pakai sementara sebab sinki lama dah 'lunyai' masa proses kerja-kerja renovate dalam rumah tempoh hari. Dengan kesan simen melekat, kemek sana sini, kesan basuh cat etc, buruk sungguh dah jadinya!
So ruang dapur takdalah extradavanganza pun, hehe. Sabar-sabar! :D Buat sementara, tingkap dapur saya beli roller blind IKEA sahaja. Murah je compare dengan kedai-kedai langsir yang lain, 3 panel je dah almost RM300-400, tapi banyaklah designnya, yang IKEA ni cuma corak putih ni, putih kosong, hitam dan kelabu je kot. Yang 3 panel ni RM109, yang 1 panel tu cuma RM79.. oklah kan..

Set aksesori dapur (hud, hob, oven & microwave) yang diborong masa Johor Furniture fair tempohari. Terpaksalah 'diperam' dekat ofis encik boss untuk sementara waktu lagi sehingga kerja-kerja renovasi fasa kedua siap kelak..

 #Dalam tempoh itu, design kabinet yang saya idamkan pun dah berubah-ubah, dari ala-ala mirror sekarang semacam dah nak warna putih juga atau kombinasi putih dan mirror, hahh!









12 comments:

Fizah said...

luasnyaa dapur..klu extend blh berguling-guling jadiknya..hehe

amirah said...

memang best kalau dah extend dapur ni. luas..

cik hani said...

Alhamdulillah kak..rezeki akak nk extend kluasan rumah..cik hani pulak tak sabar nk tgk hasilnya kelak..

Mama Idlan Irsyad said...

besarnya rumah... tak sabar nak tgk hasilnya nanti...

Hayatie Hashim said...

Fizah & amirah: Hat berguling tu anak-anak je sakan berlari-lari..

Cik hani: alhamdulillah.. :) tuan tanah pun tak sabar ni..huhu

Mama idlan: Tq dear.. :)

ellysa emran said...

besarnya dapur...
semoga mendapat dapur idaman yea...

Duniaku Duniamu jua said...

salam perkenalan...sronoknyer..lawat blog awk...lg suke bile tgk dapur..peti ais tu sebijik sama ng dapur smentara saya hihi...

Hayatie Hashim said...

ellysa: Mudah2an.. :)

Duniaku: Slm perkenalan..thanks for coming... :)

suriacpa said...

Assalamualaikum Hayati
Dh extend dapur? Boleh share tak harga dll .... Sy tgh pening nak renovate rumah... Indon asyik ikut jew masa gi tgk rumah

Hayatie Hashim said...

hi suriacpa: dapur dah extend pun. jemput baca entri2 pasal progress reno dekat label 'rumah'.. cuma kitchen kabinet je hold dulu..slow2..hihi

Amir renovation said...

Assalam tuan / puan .sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat..seperti mnyambung rumah.plaster siling,pasang tile,buat porch,wayaring,plumbing,pagar dan autogate,vinyl floor,wallpaper,waterprofing,grill,landskap dan kolam hiasan.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,bndr sri putra,sepang,nilai,cheras,puchong,semenyi dan kuala lumpur.hubungi sy d no 0192945175 atau wssp sy d no 01129110298

Amir renovation said...

Assalam tuan / puan .sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat..seperti mnyambung rumah.plaster siling,pasang tile,buat porch,wayaring,plumbing,pagar dan autogate,vinyl floor,wallpaper,waterprofing,grill,landskap dan kolam hiasan.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,bndr sri putra,sepang,nilai,cheras,puchong,semenyi dan kuala lumpur.hubungi sy d no 0192945175 atau wssp sy d no 01129110298

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea